Ahlan

Monday, June 22, 2009

NI Yang Tak Berapa BEST dik!!


Alhamdulillah jam 3 pg tadi penulis sudah selamat sampai di rumah setelah melalui perjalanan yang tersangat jauh saya kira.Sudah agak lama saya di tempat orang menambah pengalaman.Alhamdulillah banyak yang diperoleh walaupun banyak lagi yang terlepas.Banyak jugak pengalaman sepanjang malam tadi berlalu.

Bus bertolak kira-kira jam 9.30 malam.Tetapi sebelum itu selesai solat maghrib di masjid MUhammadi Allah pertemukan saya dengan 3 orang sahbat yang dah lama x bersua.Fariz,Abdurrahman dan hazim.Terubat jugak rindu di hati.Jauh jugak diorang datang.Dari Terengganu nun.

Jam 9 saya sudah berada di Terminal bus Langgar (Kota Bharu).Alhamdulillah selesai qasar isyak saya terus menaiki bus.Agak keletihan hari ini.Hujan mula membasahi bumi Allah.Basah jugak t-shirt yang saya pakai ni.Terus apabila bus bergerak saya menggunakan peluang ni untuk berehat.Dalam erti kata lain TIDUR….Nikmat sungguh ya walaupun tersangat sejuk.Kira-kira jam 1.30 bus berhenti rehat dan saya terjaga ketika itu juga.TAPI,ada bau sesuatu la kat bahagian bawah kaki.ALAMAK,eeeee ada orang muntah la.makhluk planet mana la ni…

Terus saya tengok pada adik perempuan di sebelah.Ibunya sedang mengurut-ngurut badan adik tu.Sah dia dah.Kesian saya tengok,tapi kesian juga kat saya nih.Abes kaki seluar terkena najis.Orang Kelantan kata ‘GELENYA”,orang Kedah kata BELENGAS…Baunya Ya Allah,jauh menyimpang dari kasturi.Ni yang tak berapa best ni.

Bus meneruskan perjalanan jam 2.04 pg,lama juga berhenti rehat kali ni.Hurm penulis sudah tak dapat tidur lagi dengan keadaan yang menimpa.Baju yang lembap,bau yang ‘harum’.Kombinasi lengkap untuk menghilangkan rasa mengantuk.Terasa perjalanan sangat-sangat jauh.Akhirnya tiba juga di rumah.jadi nasihat saya nak nak bus bersedialah dengan segala kemungkinan yang bakal menimpa anda dan paling penting BERSABAR ya.No need to MELENTING..Mungkin kita juga pernah begitu.

TAK BERAPA BEST LA DIK KALO muntah lagi…

5 comments:

mhafizuddin mnoor said...

assalamualaikum...

oit...
salah2...
GELENYA maksudnya GATAL KAT PEREMPUAN..
cnthnye...
FAIZ GELENYALAA=Faiz ni gatalla..

hahaha=)

lempengterbakar said...

hoho..menarik

mhafizuddin mnoor said...

memang menarik....

1lg cnth n ni ana tnye faiz sndiri...
jd dia setuju...

FAIZ GELENYA KO HAFIZAH...
TP FAIZ BARU GELENYA KO FAIZAH SBB NAMA SAMA NGAN DIA....

sapa blh tlg tafsir ko faiz...hak88=)

kamal said...

nasib baik x dimakinya budak tu

alFakir ilAllah.. said...

insyaAllah ada hikmahnya...fasobran jamiill...