Ahlan

Sunday, June 28, 2009

Muhammad Al-Fateh..Anak Muda Teragung !!!



videoJustify Full

Alhamdulillah semaksima syukur pada Allah yg masih meminjamkan kekuatan ‘aqal serta kudrat pada hambaNya yg dhaif lagi hina ini.Selawat dan salam buat baginda Nabi Muhammad serta kaum keluarga untuk hari ini,esok dan selamanya.Syukur serta pujian terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak pengurusan SMKA Baling yang sudi menjemput saya untuk satu kuliah yang tak seberapa.Nak disebut kuliah rasa malu plak saya,tazkirah rasa macam tak layak pula..Terma yang selayaknya untuk saya mungkin ‘juru sembang’ lah saya kira.

‘Ayuh Pemimpin Muda,Mari kita Bangkit’..Inilah tajuk yang diaturkan pada saya sebelum majlis ‘sembang-sembang’ diadakan..Jadi tanpa berfikir panjang,’Muhammad Al-fateh si penakluk Konstantinopel’ yang terlintas di benak fikiran.Kebetulan baru selesai meneroka serba sedikit rentetan sejarah mengenai anak muda ulung ini.

Benarlah hadis baginda yang berusia 800 tahun sudah menjadi reality di bawah Muhammad Al-Fateh…‘Sesungguhnya Konstantinopel itu akan ditawan oleh seorang pemimpin yang baik,bersama tentera yang baik,dan rakyat yang baik..

Diawal usia 20an beliau sudah mampu memimpin 20 buah wilayah dibawah jajahan Turki Usmaniah,menjadi ketua untuk 250 000 dalam usaha menakluk Konstatinopel.Pelbagai taktik serta teknik telah dilakukan dalam usaha menjadikan Konstantinopel berpayung di bawah jajahan Islam.Kejayaan yang dimiliki tidak lain tidak bukan adalah berkat serta pertolongan Allah pada hambaNya yang beriman lagi bertaqwa.Yang tidak pernah meninggalkan solat malam,hati yang sentiasa merindui syahid sepertimana si kafir mencintai kehidupan dunia yang baqa’,berkat tentera yang menjadi singa di siang hari,menjadi ‘abid di malam hari.Yang lebih lunak beribadah berbanding tidur pada malam hari.Inilah hasilnya…Konstantinopel akhirnya Berjaya ditawan selepas 53 hari pengepungan dilakukan bertepatan hari Selasa 29/Mei1453 jam 11 pagi.

Persoalannya,apakah kita mampu menjadi seperti beliau????? Ayuh syabab,bangunlah dari lena yang mengasyikkan.Kita bukan yang memulakan,kita juga bukan yang mengakhiri,tapi kitalah penyambung pada rantai yang seterusnya……………..

p/s : Sy ada siapkan serba sedikit synopsis Sultan Muhammad Af-Fateh menakluk Konstantinopel,jika berkeinginan sila email pada sy ya..InsyaAllah sy send nnt..Sy percaya bagus dan baik untuk kita menghayati bersama.bwh ni email sy.wallahua’lam

aljazeera_angah@yahoo.com


1 comment:

Hafidzulislam said...

Salam..
Pegisian yang baik..
Kalu bleh ana nak cerita tu. Antar kat emel ana deh.
Wassaalam