Ahlan

Sunday, June 21, 2009

CINTAKU kini BERPUTIK !!!!!





Cumanya Ustaz nak pesan ‘Belajar sungguh ya,bagi dapat yang terbaik.Dapatkan pangkat yang setinggi mungkin, cipta pengaruh sendiri, barulah mudah nak berdakwah.Sebab apa,sebab org lani tengok pada pangkat dan pengaruh kita untuk mereka dengar kata-kata kita.Bila dah ada semua itu, dakwak kita, pernyebaran Islam akan menjadi lebih mudah’ …..

Allahurabbi……. menusuk kukuh dalam qalbuku pabila ust Harfan mengungkapkan kata-kata ini sebelum aku meninggalkan pondok.Penuh azimat,penuh semangat.Pangkat bukan untuk dibanggakan, bukan juga untuk ditayang serta dipamer dikhalayak tetapi lebih dari itu.Untuk ISLAM untuk dakwah kita.

Saat bait-bait ini dilafazkan,aku masih lagi berada di pondok tetapi ianya bukan bermakna ini kali terakhir aku disini tetapi permulaan bagi pertemuan yang seterusnya.Sayup hati sejak semalam makin tersiksa bila fajar menyinsing.Kokokan ayam yang menyahut seruan Ilahi,kicipan burung yang sentiasa bertasbih nan indah,desiran angin yang mendamaikan jiwa terpaksa aku tinggalkan tidak lama lagi.Teramat indah kehidupan disini.

Kesibukan diri aku tinggalkan,cengkaman kesenangan yang melalikan aku nafikan semata-mata mencari redhaMU ya Allah.Aku mahu menjenguk dakapan cintaMU Ya Rabbi.Hakikat sebenar insani baru aku temui tatkala usia kini sudah 20 tahun.Teramat banyak yang aku pelajari disini,hidup berdikari,belajar sendiri yang sentiasa menguji.Disinilah aku belajar berlari bagi memburu cinta Ilahi.

Teringat lagi setibanya aku di sini,selepas solat asar berjamaah,aku diperkenalkan dengan BA@Tn Guru HJ Hamid.Seorang ulama yang sedang meniti usia senja namun masih bertenaga.Tok Guru sudah menjangkau usia 80 lebih, namun kudratnya masih ditagih dan sangat-sangat dikagumi.Kehadiran aku sebagai orang asing disambut baik oleh saudara-saudara pondok.Allah,umpama kami dah kenal berkurun aku dilayan.Sebak dalam hati amat kurasa.Tak pernah aku melihat masyarakat sebaik ini. Makan bersama,masak bersama,tidur bersama,mandi bersama dan paling penting belajar bersama.

Semakin hari semakin aku sedar betapa jiwaku kosong,dadaku tidak berisi dengan ilmu-ilmu akhirat.Jika ada sekalipun sekadar ibarat debu di jalanan.Ya Allah lemahnya aku,jahilnya aku.Jauhnya aku dari cintaMu.Pelbagai kitab diajar di pondok, antaranyaaqidah ahli sunnah,hidayatul subyan,hadis 40, misbahul munir,tafsir nurul ehsan,faridah dan sebagainya’,namun hampir kesemua kitab aku tidak pernah mendalami sedalamnya sebelum ini.Malu pula rasanya bilamana melihat adik-adik di pondok mampu membaca malah ada yang mampu mengajar sahabat yang lain kitab-kitab tersebut walaupun usia mereka sekitar 12-16 tahun.Jauh lebih muda dari aku,tetapi sarat dengan ilmu agama.Sudah mampu mengajar di masjid-masjid,surau-surau dan kaum keluarga.Umpama tidak sanggup aku aku berhadapan dengan mereka lagi.Sekadar nama pelajar university tetapi jiwa kosong, hati gelap tanpa nur Ilahi bagaimana aku mahu berhadapan denganNya di masyar nanti.

Ujian disini amat bererti,bagaimana aku diajar berlapar,sabar dengan kesusahan,tekun belajar dan yang terutama bagaimana menjadi hamba yang diredhai.Suasana disini jauh berbeza seperti yang pernah aku alami.Kami tidak dihidangkan dengan hiburan penyesat diri,jauh juga dari maksiat yang sering aku ulangi sekian kali.Rutin yang sama berlaku setiap hari..Belajar,mentelaah dan muzakarah.

Antara episod yang paling menguja hati adalah di waktu malam.Selesai mentelaah kitab yang diajar Tn Guru pada jam 10 semua penuntuk akan pulang kepondok masing-masing.Segelintir mengambil peluang untuk terus berehat dan makan malam.Tetapi apa yang aku saksikan sangat-sangat mengujakan bilamana ramai diantara penuntut menggunakan peluang masa yang ada untuk bermuzakarah semula terhadap apa yang telah dipelajari seharian.Pelbagai hujah dilontarkan beserta dalil,pelbagai analogi dibuat dan pelbagai simpulan dapat dijana.Saat ini aku ibarat tunggul yang tidak mampu member,berkongsi sebarang ilmu.Baru aku terasa betapa kosongnya jiwaku melihat sahabat lain penuh berilmu.Sesi muzakarah kadang-kadang berlanjutan sehingga jam 2@3. Tak tergambar aku rasanya indah bila hati dekat dengan Ilahi..Hiruk pikuk dunia tidak lagi menjadi buruan.

Cakap kita boleh berdegar degar tetapi tiada yang menusuk dalam diri.Sekadar menjadi mainan titian bibir semata.Aku mula terdetik bagaimana untukku meneruskan perjalanan sebagai da’ie ini andai diriku terus begini…………….

YA,aku akan terus berusaha memburu Cinta Ilahi,menggapai cinta Rabbi yang pasti untukku……..

4 comments:

Hafidzulislam said...

SubhanalLah, AlhamduliLah ,Allahuakbar...
Artikel yang cantik dan sempurna kupasannya..menambat hati2 yang menambakan ilmu ilahi..
Syabas Ya Akhi..

Unknown said...

oh,gambar-gambar yang cukup menggamit kerinduanku..

Anonymous said...

subahanallah..moga hati terus merindu cintaNya..

Muhamad Alihanafiah b. Norasid said...

Hati-hati pendamba cinta Ilahi adalah hati yang takut untuk melakukan maksiat lantaran bimbang pada kemurkaanNYA.. Hati mereka bergetar pada bisikan kerinduan pada Yang Maha Esa.. Oleh itu, setiap ibadah dan amal soleh dilaksanakan dengan hati yang khusyu' tawadhu' dan penuh itqon serta bersungguh-sungguh.. Mereka ini juga sebenarnya merupakan hamba yang memiliki jiwa robbani.. Lantas, hati mereka bercetak dengan ujian dan saling menyeru sesama mereka dengan lisan kesabaran.. Malah, bukan itu sahaja.. ALLAH sandarkan untuk mereka pakaian redho dan menempatkan mereka dalam kegembiraan rasa rindu yang berpanjangan.. Mereka menatap alam ini, namun tiada yang mereka lihat selain merenung kebesaranNYA.. ALLAHUAKBAR!!! Betapa sucinya luapan cinta mereka pada ROBB.. Cahaya makrifatNYA melingkupi mata batin mereka.. Manakala, noda dosa mereka dicuci dengan genangan air mata yang disapa oleh basiroh mereka.. Dan dengan lidah tauhid, mereka berbicara yang dipandu oleh kalam wahyu.. SUBHANALLAH!!! Inilah rahsia HATI kurniaanNYA...

~DIANA AL-ADAWIYYAH~