Ahlan

Tuesday, June 23, 2009

Jika Bertanya Saya,,Ini Jawapannya.......


Bismillahirrahmanirrahim..huh, sejak dua menjak ni pentas politik kita yang dikatakan ‘matang’ dan sedang mengalami tranformasi dalam suasana yang baik lagi aman telah diganggu gugat oleh beberapa isu yang tersangat mampu mengucar kacir arena politik semasa.Terbaru, Mursyidul Am Pas menarik balik kenyataan yang beliau nyatakan terhadap YB Nasharuddin manakala Presiden PAS pula menutup terus cadangan Unity Government.

Pelbagai pendapat,idea serta wacana yang dilontarkan pelbagai pihak terhadap isu ini.Hatta di kalangan masyarakat kampong sekalipun tersangat ‘berminat’ terhadap suasana ini.Cuma apa yang saya perhatikan adalah sesetengah pihak secara somborono telah menuduh pemimpin PAS dengan tuduhan yang sangat tidak berasas walhal mereka adalah jauh lebih memahami suasana politik semasa.Ada juga pihak yang nak tunjuk hero boleh bersua lantang sedangkan adakah mereka sudah jelas setiap maksud ‘kerajaan perpaduan’ tersebut???Mungkin ia sekadar mainan UMNO-BN berbekalkan kacau bilau dari pihak media yang terkenal dengan ular yang berbelit-belit.


Saya tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar PAS,Ust Azizan mengenai isu ini.Beliau mengatakan


"Kalau kita dah jelas konsep itu bolehlah beri komen. Mungkin perpaduan ni semua parti duduk bersama dan menggerakkan negeri bersama...mungkin! Perpaduan macam sekarang PAS, DAP, KeADILan itu perpaduan juga, kerajaan juga. Perpaduan peringkat BN macam MCA, MIC, Gerakan, Umno dan lain-lain, (itu) perpaduan juga.

Dari segenap sudut, saya melihat tindakan Ust Azizan adalah antara yang terbaik dalam suasana yang genting.Jangan pula kita nak tunjuk genius mengajar pimpinan yang jauh berfikiran ke hadapan.Tapi harus ingat,bukan bermaksud kita perlu takut dalam mengemukakan pendapat serta memberi lontaran idea,cuma harus juga di fikir dari segenap sudut agar mood perpaduan yang kian subur dalam PR kan terus subur.

Harus kita ingat bahwa kita wajib menguatkan yang benar,bukan membenarkan yang kuat

No comments: