Ahlan

Tuesday, June 30, 2009

‘Hang tanya soalan bodoh apa ni?rilex arr.Kat U aku dah biasa la macam ni’…Perghhh !!! Skrip yang saya tak akan lupa seusia dunia ni.Inilah yang akan terjadi kalau ilmu didada tak diamalkan.Ajaran Islam diketepikan. Sahabat,apakah dirimu benar-benar sudah berubah??Allahurabbi, apakah dikau sudah lupa kita pernah berjuang bersama di sekolah dulu.Sama-sama gerakkan Badan Dakwah di sekolah.Sama-sama menjaga biah di sekolah.Kita pernah berjanji untuk kekal selamanya dalam medan ini.Masih terngiang ngiang lagi di benak fikiran bilamana teringatkan sahabat yang sangat-sangat aku kagumi satu ketika dahulu.

Sejak melanjutkan pelajaran di university dah banyak Man(bkn nama sebenar) berubah.Bila ditanya soal makwe, dengan slumber ja dia kata normal la,takkan takda kot,itu yang pelik.Bole tahan lagi api dalam dada ni.Cumanay bila aku bertanya mengenai gambar dia dengan perempuan dalam friendster.Ini jawapan Man.. ‘Hang tanya soalan bodoh apa ni?rilex arr.Kat U aku dah biasa la macam ni,setakat pegang tangan,duduk rapat-rapat rilex arr,bukan ada apa pun’.Hang yang pelik hang tak tau..Astagfirullahhala’zim,nasib kau memang baik Man, hampir saja tanganku hinggap dimuka kau.Tak mahu lagi aku ajukan soalan,takut lain pulak jadinya.Marah memang tersangat marah,apa tidaknya hukum Allah dipersenda begitu saja.Tak sedarkah kita kata-kata begitu yang boleh runtuhkan aqidah kita.Yang haram tetap haram,yang halal tetap halal Man.Siap berbangga lagi bole bergambar dengan perempuan,ditambah bole bersendel sendel badan.Tak takutkah kita azab Allah Yang Maha Dahsyat. Azab yang tak tergambar dek aqal.

Sahabat,Islam itu hanya sebagai pakaian kita,yang di dalamnya adalah iman.Nak mendapat ‘pass’ Islam mudah saja,sekadar mengucap,tapi nak menjadi orang yang beriman bukan satu perkara yang boleh diperkotak katik mahupun dipandang enteng.Bagaimana kita nak menjadi muslim,mukmin mahupun muttaqin yang berjaya dunia akhirat jika hukum agama, peraturan Tuhan kita persendakan.Ya Allah,pertahankanlah aqidah kami,kuatkanlah iman kami di jalanMu.Ustaz pernah berpesan, jika basikal kita rosak, sudah pasti kita akan baiki di kedai basikal.Kalau motor rosak kita akan jumpa mekanik, tapi jika hati,jiwa serta jasad kita yang rosak sudah tentu kita perlu ‘berjumpa’ dengan Allah.Perlukan ubat dengan bertaubat,bermunajat dan ikut semula aturan serta undang-undang yang Allah dah gariskan dalam Al-Quran mahupun disampaikan pesuruhNya.

Ini lain pula ceritanya,semalam sewaktu berbual dengan ayah,ayah ada cerita dia terjumpa sahabat perempuan bekas sekolah dengan saya di Hyper Market.Siap berpegangan tangan lagi.Siuut betol !!! Si laki itu pula kawan saya.Sempat juga ayah tegur,naik malu buaya juga diorang ni.Dengan manusia tahu pula malu,tapi dengan Allah macam mana??Terkilan juga saya dengar berita ni,si perempuan tu tak lama lagi nak ke UK,sambung pelajaran dalam TESL, sekarang baru tamat pengajian di salah sebuah institute pendidikan negara.Ayah kata budak-budak TESL memang terok kebanyakannya.Saya tak menuduh somborono sebab ayah saya seorang kaunselor.Dah banyak pengalaman dia lalui.Saya terkial-kial, inikah produk guru-guru yang negara kita bekalkan?? Yang bakal mendidik anak bangsa.Yang bakal menjana acuan negara??yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara satu hari kelak??

Ironinya,sedikitpun saya tak merasakan satu perkembangan yang positif terhadap agama,bangsa serta negara kita andaikata inilah produk pendidik bangsa yang bakal kita bekalkan.Bagi saya bukan lagi satu perkara yang menjelikkan bila perangkaan yang dikeluarkan mengatakan setiap 40 minit seorang gadis dirogol di negara kita.Hakikatnya sudah jelas terang terangan.Hatta golongan ‘berpendidikan tinggi’ pun hancur dari segi akhlak apatah lagi yang lain.Tak hairan juga kes kelahiran anak luar nikah kian bercambah tahun demi tahun.Tak jelik juga bilamana pelajar dibidang agama sekalipun ditangkap berkhalwat malahan ada yang ketahap berzina.Apakah kita mahu diuji dengan Tsunami atau taufan baru semua akan insaf??Mahukah kita menunggu bala dari Allah barulah kita nak bertaubat??Kita merasa pelik melihat sahabat-sahabat kita memakai jubah,tapi kita tak pula rasa pelik melihat masyarakat sekeliling ‘berbogel’ di tengah khalayak ramai dengan terbuka sana sini,terbelah kanan kiri kainnya.Sangat tersangat memalukan perkara begini berlaku di dalam ‘negara Islam’ kononnya.

YA ALLAH peliharalah diri kami,jauhkan kami dari tipu daya dunia,dunia yang mengasyikkan,dunia yang penuh dengan tipu daya maksiat padaMU.Peliharalah hati kami,kuatkanlah jiwa kami.Pertahankan aqidah kami moga kami terus di atas jalanMU.

Persoalannya siapa yang bersalah dalam hal ini??sistem pendidikan kita??pemimpin kita??Tarbiah ibu bapa??atau diri kita sendiri?? Saya tinggalkan persoalan untuk sama-sama kita renung..AYUH !!! mari kita MUHASABAH semula..Apakah tugas mendidik anak bangsa kita sekadar tugasan tok-tok imam di masjid @ ketua kampung shj??

7 comments:

rhapsody_sufi said...

salam...
"aku benci pada maksiat, namun x layak untuk aku menbenci ahli maksiat. sama2 kite membimbing."

mulanrizu said...

'bkn nma sbnr, sdeyh nya mnjdi sbhat bila x ley nk wt pa2...'

Anonymous said...

benar..sistem pendidikan kita amat goyah..hanya diri, mampu membimbing kita mencapai nikmat iman SEBENAR!

Sakinah Ismail said...

nauzubillah...
berdoa agak diberi hidayah kembali..

"ya Allah janganlah kau palingkan hati ini setelah kau beri hidayah"

YATI said...

Guru sebagai pendidik, bukan sebagai pengajar.

Mahasiswa mesti di ajar ilmu agama, bukan hanya ilmu duniawi semata2.

Sedih kalau jadi cikgu kerana gaji semata2, tapi bukan kerana utk mendidik.

x1y0z2a6 said...

Errr...aku amk Englsh gak...jgn overgneneralize sgt tau......

incek.loyer said...

masyaAllah naqib ana~ nk tampaq org pulak?? haha~ faiz~ jempot ziarah blog ana ea~ thankx~