Ahlan

Thursday, May 14, 2009

Sipakah BIDADARI itu????

Hadiah Buatmu UMI
Selamat Hari Ibu


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Sahabat,mari kita semak semula....

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....
mak

Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak



Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
Apa lagi bakti yang dapat kita berikan selain dari doa????


Saya mempersoalkan pada diri saya dan pembaca budiman..
Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang dan mengimami JENAZAH ibunya......

Tidak akan ternilai jasa serta pengorbanan si ibu terhadap kita...

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Jadi,dimana lagi kasih yang perlu kita curahkan selain dari ibu kita..Betapa tingginya darjat si ibu pada kita.Segalanya dicurahkan penuh keihlasan selain dari mengharapkan kita menjadi anak yang soleh mahupun solehah...Tidak pernah si ibu mengharap sesuatu yang lebih dari itu..


Berjalan,Melihat,Mentafsir....SELAMAT HARI IBU





No comments: