Ahlan

Sunday, May 24, 2009

BURUKNYA AKU!!!!

Assalamualaikum...salam setinggi ukhwwah sekencang dakwah..
Alhamdulillah ni post keseterusnya sy postkan,lambat ckit nak update atas sebab kekangan masa yang ada disamping masalah time management ditambah pula saya yang lampi lagi lemah ni.Semalam,saya sekeluarga baru pulang dari menghantar alang di foundation UIA (PJ).Alhamdulillah adikku yg ni dapat course engineering.
Hurmmm PANAS betol saya seharian,bukan nak ma’lum sebab hujan x membasahi bumi,tapi ada yang lebih dari itu.Masih terngiang ngiang lagi di benak kalam ‘indah’ pak cik kedai tu.Begini,Alhamdulillah pg td saya sempat ke sekolah lama (SMKA Baling) untuk setelkan urusan program di sekolah beberapa hari lagi.Kemudian saya bersama sahabat yang menemani (nasrul) ke pekan Baling untuk tempahan baner.Terjejaknya kami di situ ada seorang makcik dan pakcik tauke kedai menyambut kedatanagn kami berdua..Sempat jugak la bersembang sepatah dua..Pakcik tu tya kat mana blajar,kos apa dll.Jd aku pun menjawab la..Blaja d UIA,kos ekonomi.
Kemudian,dengan slumber serta spontannya pakcik tu menjawab serta bertanya,’kenapa la hang ambik kos yang macam tu,xda masa depan nanti,peluang kerja xda,xada company nak amik hg kerja nanti.org lain pun tak ambik kos yang hg blajaq’...MasyaAllah,PERGHHHH!!!!terkasima aku dengar skrip yang pakcik tu ungkapkan,bagai dihiris saja hati aku ni.Betapa malu,marah,geram,kerdil,hina dan pelbagai lagi bergabung menjadi satu aku rasakan pada masa itu.Kebetulan ada juga customer yang lain mendengar perbualan kami.Tak duga aku akan mendapat bait-bait menikam sebegitu rupa.Hanya mampu menunduk ja pada saat aku ‘dihina’ sedemikian rupa.Allah saja yang tahu betapa pahitnya perasaan aku ketika itu yang hanya menunduk malu.Didalam hati,pelbagai sumpah seranah aku dah lontarkan..Ala,anak dia pun xbertudung pun reti nak tegur,ada hati nak ‘hina’ aku.Even xda company nak amik aku kerja pun,setidaknya aku tau jugak batas-batas aurat ni,tahu la jugak nak menjaga hati orang macam mana.
Setelah selesai kerja,aku dan nasrul pun pulang ke rumah.Sedang memandu aku khabarkan pada nasrul apa yang aku rasakan,terus dia ungkapkan ...faiz,hang tak perlu la nak risau ya,peluang+rezki Allah ada di mana2 sahaja,sedangkan semut du dalam batu Allah masih pelihara tambahan pula khalifahnya di atas muka bumi ni.Yang penting kita kena blajar sungguh-sungguh dan bagi ada kredibiliti,conform ada la rezki Allah akan bagi dari lubang-lubang rezki yanag Allah janjikan’....Alhamdulillah kata-kata nasrul sedikit mengubati hati yang parah.Nasrul ni sebenarnya senior aku setahun,sekarang ada di UIA juga,kos senibina (urban planning)..
Selesai menghantar nasrul,aku meneruskan perjalanan pulang,radio IKIM yang menjadi pilihan.Aku yaqin ada penawar disitu yang aku bole dapat.Ya niatku menjadi benar,kebetulan pada masa itu,ust di udara IKIM sedang asyik bercakap soal nama-nama Allah yang mulia..Beliau menerangkan mengenail nama Allah Yang Maha Menghidup serta Maha Mematikan.Didalam ilmu tauhid,wajib kita yaqin bahawa Allah adalah satu-satunya dzat yang menghidupkan serta mematikan makhluk yang berada di langit mahupun yang berkeliaran di atas muka bumi.Hanya Allah yang mengetahui tempoh kehidupan kita,qada’ dan qadar.Kemudian ust ada menyebut bahawa hati kita akan menjadi sarang kepada sifat-sifat mazmumah seperti ujub,riyak,hasad,dendam,suka marah-marah dan lain-lain andaikata kita tidak menyirami dengan sifat-sifat mahmudah seperti solat malam,berbuat baik,bersedekah mahupun melawan perasaan marah.TUPPP terkenag semula kalam-kalam yamg pak cik tu lontarkan padaku tadi.Allahurabbi betapa buruknya hatiku ini.Kenapa aku tak beristigfar semasa aku sedang diuji dengan ujianmu..KENAPA????KENAPA????KENAPA????
Jelas,hatiku masih kotor,terlalu banyak kotoran yang perlu aku cuci,perly aku ikat dan lontarkan sejauhnya.Teringat pada sirah pabila saidina Ali membatalkan niatnya untuk membunuh seorang musuh di dalam medan perang pabila musuh tersebut meludah kemukanya.Belian menjawab pabila ditanya musuh tersebut,’aku khuatir jika aku membunuhmu,niatnya datang dari aku yang sedang marah,bukan kerana Allah dan rasul’..Betapa mulia hatimu Saidiana Ali...
ARGHHHH,aku mahu berubah,berubah secara totaol yang membawa kebaikan pada dunia ISLAM...doakan saya dan bantulah sy yang serba serbi lemah,hina lagi dhaif..

5 comments:

Ridzuan Digital4All said...

Insyaallah, ana doakan untuk enta. Sebagai peringatan bersama janganlah kita menggunakan ungkapan seperti "Ala,anak dia pun xbertudung pun reti nak tegur,ada hati nak ‘hina’ aku. Even xda company nak amik aku kerja pun,setidaknya aku tau jugak batas-batas aurat ni,tahu la jugak nak menjaga hati orang macam mana."

Walaupun nampak biasa, namun kita sebenarnya telah meletakkan diri kita kepada perasaan riak. Wa na'uzubillah.

Tapi ana ucapkan tahniah, enta mampu menangkis anasir-anasir syaitan laknatullah yang tidak sepatutnya menular dalam diri enta. Di sini nampak peranan ikhwah kita dalam merealisasikan perjuangan.

Sememangnya Allah adalah tempat sandaran kita untuk segalanya, namun Allah kurniakan ikhwah yang menjadi pendokong usaha dakwah kita atas dasar mahabbah lillah...

Hafidzulislam said...

InsyaAllah,ana doakan..
Sekuat mana angh lontarkan laungan dakwah itu, sekuat itulah kita kena berdakwah pada diri ini..jgn mudah berputus asa dgn bisikan syaitan.
Semoga angh terus istiqamah..

Anonymous said...

sahabat..pada hati kita kenali diri kita..moga sentiasa tabah dan dan diberkati Allah..

Anonymous said...

Allah yang menentukan rezki kita, bukan pak cik tu.. Insya Allah, saya yakin, selagi kita ikhlas dan berusaha, Allah akan membantu kita

Unknown said...

sebagai makluman, kos ekonomi taklah selekeh mana. negara kita masih lagi perlukan ahli2 ekonomi. tambahan pula sekarang ni, sistem perbankan islam, makin berkembang. apapun, ikhlaskan niat belajar kerana Allah, bukan kerana kerja. sbb kalau kerana kerja, course fizik gunaan yg abg ambik ni, glamer sangat ka? berapa kerat sgt org melayu kita yg ambil? hehe... apapun, modul best.. ngeh2