Ahlan

Thursday, May 14, 2009

Kembali Kepada SEJARAH !!!

Erti Hidup Pada Yang Memberi


Assalamualaikum,salam atonansi salam permisi bt sidang pembaca yang budiman..Terima kasih tak terhingga saya kirimkan kerana sudi meluang masa sejenak melayari laman minda saya yang sempit lagi tak berilmu ni…

Hamdalah puji-pujian syukur yang tidak terhingga kiranya kepada Sang Khaliq,Penguasa langit dan bumi atas segala nikmat,mawaddah sakinah dan rahmat yang dilimpahkan pada hambaNya,nikmat yang tidak akan terhitung banyaknya hatta seisi dunia dan makhluk yang mendiaminya berkumpul untuk meng hitung nikmat-nikmat yang tidak terperi ini seperti yang terpampang jelas di dalam surah Luqman.

Terkasima saya pada sejarah tamadun manusia yang banyak menyingkap 1001 episod yang dapat menyalakan obor semangat tiap-tiap pemuda yang inginkan perubahan,perubahan yang bakal menggoncangkan dunia yang kian mencabar tiap-tiap penghuninya.Mari kita teropong bagaimana dinasti Zhang(China) berbekalkan kemajuan ketamadunnya,kerajaan Rome yang gah berdiri kerana tenteranya, kerajaan Parsi yang terkehadapan berpaksikan struktur organisasinya,tidak lain dan tidak bukan kesemua ini adalah berlatar belakangkan sejauh mana tahap pemikiran pemimpin yang ada pada zaman tersebut. Malah sebagai umat Rasul tercinta,sedar atau tidak dinasti kerajaan Islam itu adalah jauh diufuk lebih terkehadapan dari dinasti-dinasti yang telah saya sebutkan tadi.Buktinya sudah jelas lagi bersuluh bagaimana kerajaan Parsi dan Rome yang dilabelkan kerajaan yang terhebat pada abad tersebut boleh akur dan tunduk di bawah payung naungan pimpinan baginda Rasulullah,terpaksa akur dengan perancangan yang digazetkan baginda.Hal ini secara jelas membuktikan bahawa kita adalah umat yang paling terkehadapan.

Enak saya sebutkan di sini berbekalkan dengan sejarah ketamadunan yang membuktikan kehebatan umat Muhammad pada zaman tersebut,maka amat wajarlah kita jadikan episod tersebut sebagai aspirasi yang memotivasi diri supaya kita tidak lagi ketinggalan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pembangunan manusia segajat.
Mari kita teropong bukti yang lebih jelas,betapa ajaran Islam jauh terkehadapan berbanding yang lain. Baginda yang mulia ada bersabda ‘peperangan itu adalah satu tipu daya’.Enak saya mengambil contoh yang berlaku semasa peperang ahzab.Al-ahzab bermaksud kompromi @ pakatan yang dibuat oleh beberapa puak di mekah dan Madinah bagi menjatuhkan kerajaan Islam pertama pimpinan baginda yang mulia di Madinah pada ketika itu.Ianya terdiri daripada yahudi Bani Quraizah,Puak Quraisy dan Puak Ghatfan. Masihkah kita ingat bahawa peperangan khandak merupakan peperangan yang tidak menemumuka antara tentera baginda yang berjumlah 3000 orang dengan pihak kafir yang berjumlah 10000 pada masa itu.Tapi kejayaan tetap Allah hadiahkan buat tentera Islam atas kebijaksanaan pimpinan baginda.Baginda yang mulia telah mengarahkan Nu’eim Bin Mas’ud memorak perandakan serta menanam rasa curiga didalam hati pimpinan puak quraisy (Abu Sufian) serta pimpinan puak Ghatfan dan Yahudi Bani Quraizah.Kehebatan pemikiran baginda juga terserlah apabila baginda menerima pendapat Salman al-farisi untuk menggali parit bagi membina benteng pertahanan tentera Islam.Itu merupakan tektik serta teknik yang belum pernah digunakan mana-mana tentera di tanah Arab dalam peperangan sejak berkurun lama.Selain itu sebagai umat Islam sudah pasti segala pergantungan kita diserahkan pada Allah sebagaimana Allha telah menurunkan ribut pasir keatas tentera al-ahzab yang mengakibatkan mereka tewas serta merta.Betapa tiada tandingan pabila tentera Allah datang membantu yang membawa kepada perkembangan serta penjagaan Islam itu sendiri.

Baiklah,perspektif itu akan berlaku sekiranya kita melihat dari sudut sejarah.Perkaitannya amat jelas jika kita mula menyingkap betapa perkembangan Islam di Malaysia juga berlaku dalam darjah yang positif.Episod reality yang berlaku beberapa bulan lalu masih menjadi mimpi yang saya tidak pernah kecapi sebelum ini apabila saya dan beberapa sahabat menghadiri ceramah agama yang disampaikan oleh Tok Guru Nik Abd Aziz.Menitis air mata saya apabila setibanya Tok Guru laungan takbir mengambil alih keheningan malam pada hari itu.Bukan sebab apa,tapi yang bertakbir itu adalah mereka yang bukan Islam,orang India dan juga Cina di kawasan tersebut kerana ceramah itu diadakan di sebuah estate yang majority penduduknya adalah yang terdiri dari mereka yang bukan Islam.Mereka bertakbir seolah olah mereka sudah menjadi saudara seakidah dengan kita,malah yang lebih memukul hati saya apabila tok guru dicium kakinya.Tapi Tok Guru menghalangnya kerana sudah pasti itu bukan dari ajaran Islam kita.Saya melihat ini sebagai metafora perjuangan kita semakin diterima ramai.

Episod lain merakamkan bagaimana ada pemimpin di kalangan orang bukan Islam di negara kita menjadikan pemimpin dunia Islam terdahulu sebagai ikon terhadap diri mereka bagi melicinkan pentadbiran.Bagaimana khalifah Umar Abd Aziz dijadikan contoh ikutan dalam pimpinan seorang pemimpin bukan Islam di negara kita.Episod lain yang dirakamkan bagaimana orang-orang cina di sekitar Kuala Sepetang akan saja melaungkan takbir pabila melihat pemimpin Islam di negara kita melawat kawasan yang didiami mereka even pada masa tersebut tangn mereka sedang khusyuk memegang babi yang totally haram untuk dimakan disisi ajaran kita.Bukan sekadar ini sahaja,malah disekitar Selangaor semakin hari semakin ramai orang-orang bukan Islam negara kita mendaftarkan diri untuk memeluk Islam yakni dengan mengucap 2 kalimah syahadah yang suci.Buktinya sudah jelas terpampang sepertimana yang dilaporkan oelh exco kerajaan negeri Selangor Dr Hassan Ali.

Kadang-kadang terbit perasaan malu dalam diri saya untuk mengaku mereka ini adalah saudara seakidah dengan saya.Bukan bermaksud saya menolak mereka,malah yang labih menjelikkan saya yang sudah 20tahun diberi nikmat iman ini,tidak pernah menggunakannya semaksima dan sedaya mungkin nikmat yang Allah telah hadiahkan ini.Terbetik di hati saya melihat saudara baru kita jauh lebih bersemangat untuk mendalami serta mempelajari ajaran Islam yang sempurna seluas-luasnya.Malah yang lebih menyedihkan terdapat pula puak2 pemimpin negara kita yang menolak ajaran,sunnah serta pegangan yang wajib didasar dalam pentadbiran negara kita.Ianya debelakangkan begitu saja serta dipandang enteng sesetengah pihak yang mengaku diikat dengan syahadah.Jadi,renung-renungkan diamana silap kita,bagaimana harus kita baiki serta adakah kita akan berdiam diri sendiri???Sambutlah mereka dengan seadanya dan seikhlas hati…

Wassalam…..

No comments: