Ahlan

Sunday, May 24, 2009

Minda Kelas Pertama !!! Ayuh BaNGKIT

Assalamualaikum...

Teringat saya sepertimana yang tok guru ada menyebutkan semasa belajar di surau di kampung baru-baru ni.Beliau mengajarkan kitab ‘PENAWAR BAGI HATI’.Kupasan yang dibawakan memang menyentuh hati serta memberi kesedaran.Untuk menjadikan kita dikasihi makhluk,tak kira sama ada manusia,haiwan serta tumbuhan maka wajiblah kita memegang pada 2 kata kunci ini..Berbuat baik serta keelokan.Tok guru mengatakan barang siapa berbuat baik maka dia akan dikasihi.Kita akan mendapat balasan atas apa yang kita kerjakan.Jika kita berbuat baik pada orang lain,nescaya kita juga akan dikasihi org.Analogi yang mudah,mengapa ada harimau/singa yang boleh kita jinakkan walhal kita sedia ma’lum haiwan ini sangat merbahaya pada manusia.Tetapi pabila kita mendidik dari kecil,kita berikan kasih sayang,ambil berat soal makan minum, maka yang liar mampu kita jinakkan.Begitu juga manusia,kita sebenarnya liar,tapi yang mengikat kita adalah hukum hakam agama,yang memimpin kita peraturan-peraturan Allah,yang bole menjaga kita Al-quran milik Allah.Pabila hati jauh dari Allah,maka kita tidak layak lagi memegang title khalifah Allah sebenarnya.

Yang ke-2,’keelokan’..Keelokan disini membawa maksud keelokan ulama’,dai’e itu sendiri.Adakah kita mampu memelihara soal kebersihan diri supaya berada di tahap yang terbaik,adakah kita mampu memimpin masyarakan dengan nilai-nilai Islam.Malu untuk saya katakan ‘ya’ untuk semua persoalan ini.Jika direnungkan sirah,bagaimana tingginya pekerti baginda Muhammad,dihina,dicaci,dipulau,dilontarkan najis dan pelbagai lagi,namun keelokan yang ada pada baginda mengatasi segalanya.Begitu juga dengan isteri kesayangan baginda,Amirul Mukminin,Saidatina Khadijah,seorang hartawan yang sanggup meninggalkan harta dunia semata-mata suami tercinta dan mangharapkan syurga Allah dalam memperjuangkan agama Allah.Sahabat-sahabat ingat tak,tatkala Siti Khadijah berusia 65 tahun,disaat kematian beliau.Sungguh menyayat hati.

Pada masa itu beliaulah antara orang terkurus dan termiskin akibat terlalu banyak menahan lapar dan menyerahkan hartanya pada perjuangan suami tercinta walhal pada asalnya beliaulah saudagar arab yang digeruni di seluruh pelosok tanah arab.Disaat terakhir sebelum Izrail datang menjemput,sedang nabi memangku,pernah sekali terjatuh titisan air mata nabi dipipi Khadijah.Khadijah berkata,wahai kekasih Allah,mengapakah kamu mengangis??sedangkan aku mahu pergi menghadap Allah,tuhan pemilik sekelian alam.Baginda menjawab.’sesungguhnya aku teramat sedih melihat keadaanmu sekarang wahai isteriku,dahulunya engkau hidup kaya raya,engkau digeruni kaummu,tapi sekarang engkaulah yang terkurus lagi miskin,...Lantas Khadijah menjawab dengan hati yang penuh tenang’wahai kekasihku,apabila aku pergi nanti,aku izinkan sekiranya tulang-tulang kecilku dijadikan senjata dalam peperangan dan tulang-tulang besarku dijadikan jambatan andaikata perjuangan ini memerlukannya..Ya Allah,betapa luluh si hati Baginda mendengar jawapan isteri tercinta..Betapa kasih beliau terhadap Allah.. Lantas,air mata dipipi diusap perlahan lahan.

Ya,sudah jelas terbukti bahawa berbuat baik sudah pasti dibalas baik dan sebaliknya,harus kita yaqin lagi percaya terhadap janji-janji Allah.Tak usah kita berlagak hebat,berlagak baik atau sebagainya kerana Allah itu Maha segalanya.Harus kita ingat bahawa kita adalah hamba pdNya,jadi lakukanlah tugas sebagai hamba pada tuanNya.Tidakkah hati kita tergertak dengan perjuangan baginda,pengorbanan Khadijah serta kesakitan yang sahabat baginda alami...Wallhua’lam

No comments: