Ahlan

Monday, February 16, 2009

Tangisan Sang Kasturi........


....Usah biarkan kaca itu berderai lagi....

....... Sang Mentari dikaki langit yang indah dan tidak pernah ingkar mahupun berpaling dari arahan PenciptaNya membuatkan diri ini terpanggil di suatu sudut meja studi yang agak sederhana saiznya untuk mengenangkan kembali sejarah semalam,sejarah yang sarat dengan episod suka duka yang telah aku lalui bersama insan yang paling aku sayangi.Sejarah yang tidak mungkin akan kembali.

Ya Allah baru kini aku sedari betapa tabahnya hati seorang insan bernama umi .Episod ketabahan susuk dan kesabaran yang tiada tolak tandingnya,ketabahan yang sentiasa menusuk dijiwaku..Masih terngiang-ngiang jauh disudut sanubari yang kecil ini bagaimana umi tanpa rasa terbeban melayan kerenah anaknya yang tersangat nakal suatu ketika dahulu…Mimpi semalam masih menjadi igauan ngeri tatkala aku kini sudah berusia 19 tahun.Usia yang aku kira sudah tiba masanya aku membalas budimu wahai permata hati kecilku ini..Umi,aku masih teringatkan episod ketika diri ini baru berusia 6 tahun,ketika itu aku boleh gelarkan tiada manusia seusia denganku yang mampu menandingi kenakalan yang Allah berikan buat diriku..Ya Allah,sungguh besar ujian yang umi terima.Pada masa itu aku ibarat raja yang memerintah hamba sahaya,apa saja keinginanku wajib umi turuti,jka tidak diriku yang masih kanak-kanak ketika itu akan memberontak..Pemberontakan yang tersangat zalim aku kira.Jika si jahanam Hitler terkenal dengan pembunuhan tanpa belas kasihan dan Holocus,aku juga terkenal dengan kezaliman yang tersendiri..Masih teringat bagaimana aku akan saja menghalau umi keluar dari rumah jika keinginanku tidak dituruti justeru umi hanya akan memasuki rumah semula pabila aku sudah tertidur dilarut malam.Ya Rahman,tidak aku terbayangkan bahawa susuk itulah yang telah menaggung derita mengandungkan aku selama 9 bulan.Tetapi inilah balasan yang aku hadiahkan.Bukan sekadar itu sahaja,malah yang lebih zalim aku kira bagaimana aku pada masa itu akan membanjirkan rumah yakni dengan melepaskan air dari kolah..Umi ibarat hamba pada aku pada masa itu.Kaca-kaca jernih yang mengalir dipipimu kau kesat dengan penuh rasa ketabahan.Tidak pernah engkau memendam rasa terhadapku walaupun kutahu engkau terkilan dengan sikap keangkuhanku.

UMI,aku tidak malu dan tanpa segan silu mengatakan kita datang dari keluarga yang susah dan serba kakurangan.Namun kesusahan itu tidak pernah membuatkan hatimu luluh resah mahupun gelisah memikirkan diriku yang sentiasa tidak kalah dengan kezalimannya..Baru kini aku mengerti kesusahan itulah yang mengajar erti kehidupan,kehidupan yang tersangat mendamaikan jiwa..Kedamaian yang sudah pasti menjadi matlamat setiap diri bergelar manusia.Umi pasti teringat lagi episode dimana ketika itu umi sudah memiliki 4 orang anak,anak-anak yang masih mentah,yang tidak mengenal erti kehidupan..Pada masa yang sama pendamping hidup dunia akhiratmu ,ayah tiada disisi lantaran menyambung pelajaran di universiti, UPM.Namun,Allah tahu kekuatan jiwamu yang tidak pernah luluh dengan ujian..Aku mengerti jiwamu selalu merintih pada Sang Khaliq dimalam hari pabila mengenangkan keadaan kita pada masa itu.Umi lah yang terpaksa menguruskan anak-anak untuk bersekolah dan menanggung sakit lelah kami berempat .Kutahu jiwamu sebenarnya tersangat berat mengizikkan dan merelakan ayah menyambung pelajaran pada masa itu.Namun,demi sesuap nasi engkau merelakan pemergian ayah juga.Ketabahan umi sangat teruji pada masa itu pabila umi gugur sebanyak 2 kali angkara terlalu banyak menanggung beban.Ya Allah beratnya ujinmu buat permata hatiku.


******************

UMI,sejuta kemaafan aku pohonkan atas kejahilanku..Seribu satu palitan hitam telah aku conteng dihatimu yang suci,namun engkau tidak pernah mengendahkannya. Malah engkau terima ia sepenuh jiwamu sebagai ujian Allah buat hambanya yang beriman.
Menjangkau usiaku 7 tahun kita berpindah ke Kuala Lumpur,kutahu tujuannya hanya satu pada masa itu,tujuan yang sangat mulia yang tiada tara.Pada masa itu ayah hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM400 sebulan,sekadar cukup untuk menampung yuran pengajian dan buku-buku ayah saja.Namun dirimu tidak pernah meminta untuk dibelikan sesuatu yang kau tahu ayah tidak dapat tunaikan malah pada masa itu engkau yang menjadi penyumbang terbesar pada keluarga kita.Engkau sanggup mengambil upah mengasuh anak-anak jiran kita pada masa itu.Aku masih teringat umi sanggup mengasuh 7 org budak di rumah kita.Kesemuanya sudah besar sekarang ini,Adib,Afiq,Aufa,Hakim dan 3 org yang lain.Dengan pendapatan umi sebanyak RM700 itulah kita sekeluarga menjalani kehidupan.Segala perbelanjaan kami, umi yang tanggung,keperluan dapur juga adalah hasil tulang 4 keratmu.Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang,hanya cukup untuk keperluan asas saja kehidupan kita saja pada masa itu.Namun jauh disudut hati umi kutahu engkau bukanlah seorang yang suka meminta minta,engkau juga bukan seorang hamba yang tunduk pada harta duniawi,engkau juga bukanlah meterialistik.Tersangat aku kagumi jiwamu Umi.Susuk yang mengajar aku mengenali kehidupan yang hakiki.
Umi, pengorbananmu dan titik peluhmu bukanlah suatu yang sia-sia,buktinya sudah terang dan nyata bagaimana ayah beberapa kali memperoleh penganugerahan antara pelajar yang terbaik di fakultinya,bagaimana ayah mendapat 4.0 dalam pelajarannya.Aku yakin itulah hadiah terbaik yang ayah dapat berikan padamu pada masa itu.



**************


Terik si mentari ibarat bebola merah yang teramat garang dilangit dan tanpa secalit kelibat awan tidak membataskan pergerakan pelajar-pelajar di kampus.Masing-masing tidak mengendahkan kehangatan yang terpaksa dirasa gara-gara bertarung dengan masa yang hanyasaja mencemburui jiwa-jiwa yang kental menuntuk redha dan ilmu-ilmu Allah di kulliyah masing-masing. Kelibat manusia kesana sini dapat aku perhatikan dari suatu sudut kulliyyah aku.Tempat aku meneroka ilmu-ilmu Allah...Ya,kini aku sudah bergelar seorang mahasiswa di sebuah universiti kebanggaan dunia.Tempat pengajian yang tersangat mulia kukira,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Keberadaan aku disini pun tidak lain dan tidak bukan segalanya adalah berpunca dari hasil titik peluh dan hasil didikan yang umi ayah curahkan.Dua jiwa yang tidak mengenal istilah putus asa,jiwa yang mahukan yang terbaik buat anak-anak.
Aku sentiasa terngiang-ngiang barisan kalam azimat yang seringkali engkau tutur dan lontarkan tanpa rasa jemu buat anakmu ini..

‘Umi nak anak-anak umi menjadi anak dan hamba yang baik kat mana saja kita berada,barulah Allah akan tolong kita dalam apa jua keadaan sekalipun ‘..


Budimu takternilai,kasihmu tiada tara

Kalam yang sentiasa menjadi pembakar diri pencetus motivasi tatkala jiwa ini terasa lemah menghadapi ujian Ilahi yang mendatang dari pelbagai arah yang tidak diduga.Kalam yang membawa aku ke landasan sebenar tatkala aku terleka dengan mainan dunia. Umi,anakmu ini akan berubah secara revolusi,perubahan secara total yang membawa kepada kebahagiaan hakiki.Akanku balas segala penat lelahmu siang dan malam sejak sekian lama dahulu lagi.Umi,anakmu ini akan terus mencipta kejayaan sebagaimana yang engkau impikan.Akan kuturuti segala nasihatmu,tak akan aku biarkan lagi kaca-kaca jernih mengalir dipimu angkara kejahilanku kerna aku takut beserta khuatir ianya akan menjadi penghalang aku menuruti jejak penghuni jannah Ilahi..Umi akan kudoakan moga dirimu sebaris bersama Aisyah yang tidak pernah luntur jiwanya mahupun Khadijah yang tidak pernah luluh pengorbanannya terhadap Islam.

Umi,walaupun pelbagai anugerah dan pengiktifan telah aku terima sepanjang usiaku ini,namun jauh sekali akau rasakan bahawa aku telah membalas segala budi baikmu terhadapku selama ini.Ya, engkau tahu aku pernah menjadi tokoh kepimpinan pelajar peringkat kebangsaan, penerima anugerah emas pengarah pelajaran Kedah,pelajar bestari sekolah hatta aku juga pernah menjadi tokoh sukan sekolah,tapi sudah pasti segalanya tidak akan sesekali membuatkan hati kecilku ini merasa cukup untuk membalas segala pengorbanan yang tiada tara engkau curahkan..

Umi,berkat dirimu yang mulia aku kini berada di menara gading, akan aku buktikan padamu umi bahawa perjuanganku ini adalah sebahagian dari kehidupan,berlanjutan bersama denyutan nadi, bersambung bersama dengupan jantung dan hanya akan berhujung dengan hembusan nafas terakhir.Kukirimkan selaksa doa buatmu moga dirimu sentiasa dibawah naungan ArashNya.



Umi,tidak akan aku biarkan kaca itu berderai lagi…..




Pemandangan dari rumah penulis

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum....
ana tersentuh setelah selesai membaca coretan anta tentang tangisan sang kasturi...
masa membaca, ana teringat pada satu hadis rasullulah yang mengutamakan ibu dalam kehidupan kita. seorang sahabat bertanya pada nabi,siapa yang paling diutamakan,antara ibu, isteri dan ayah. Rasullullah jawab, ibumu,ibumu,ibumu..sebanyak tiga kali...sungguh ibu itu, berada di tempat yang paling tinggi...

sungguh luhur hati anta, menganggap ibu sedemiakian tinggi..ana hampir menangis, bila mengenangkan diri yang banyak berbuat dosa pada mak ana. malah, ana selalu berfikir segala masalah berpunca dari mak, sebab sikapnya yang suka marah-marah dan melenting..kadang-kadang ana sendiri tak tahan nak dengar..
tapi, ana berterima kasih pada coretan anta ini yang banyak beri pengajaran pada ana...
walaupn sikap mak begitu, tentu itu kerana dia juga tersentuh dengan tingkah laku kami semua...mak, maafkan syidah..mudah-mudahan mak lebih tabah dan tenang dalam menghadapi semuanya..
ana tidak mempunyai pengalaman sedemiakan dalam hidup ana. tapi ana pernah perhatikan ia berlaku antara mak dan mak cik ana..
tapi itu semua dah lama berlalu. namun apa yang terbuku di hati mak,ana pun tak tahu..
ana ni teruk sangat...huhuhu..

coretan ini, membuat ana lebih mengenali anta dari kecil sehingga kini..
segala yang berlaku ada hikmahnyakan. sekarang anta lebih matang@sangat matang dalam melalui kehidupan berdasarkan pengalaman semalam....
semoga anta dapat mencapai segala hasrat anta buat ibu anta..doakan ana juga..moga lebih tabah menghadapi segalanya...
hidup ini umpama rodakan..suatu masa nanti ana juga bakal menjadi ibu..mudah2an,anak yang dianugerahkanNya, menjadi anak yang soleh dan solehah..pandai menilai kehidupan ini...mudah-mudahan juga ana menjadi ibu yang tabah seprti umi anta dan mak ana...

sekian saja dari ana..
jadilah setabah umi...
salam ukhwahfillah ya sodiqi...