Ahlan

Monday, February 23, 2009

Benarkah perempuan berfikiran ‘DANGKAL,LEMBAB DAN SASAU???







Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat bertemu semula kepada sidang pembaca sekalian..Sudah agak lama kiranya saya tidak mengeluarkan perkongsian,informasi terkini dalam sedikit usaha dakwah yang saya kira amat bersesuaian bilamana kita sedang berada didalam era globalisasi ni yang seringsaja mencengkam mereka yang terleka dan alpa dengan mainan duniawi..
Berbalik kepada tajuk kita kali ni,saya kira sudah pasti jika si pembaca seorang insan dari kaum Hawa sudah pasti kalian amat tidak bersetuju dengan saya.Sebenarnya,jari jemari kecil saya terpanggil untuk mengupas mengenai isu ini tatkala saya telah beberapa kali diajukan mengenai status wanita dalam Islam dan status wanita mengikut ajaran agama lain.Adakah mudah untuk kita simpulkan kaum wanita ini golongan mereka yang DANGKAL,LEMBAB dan SASAU.?

Mungkin ya mungkin tidak..

Ya,memang tidak dinafikan wanita memiliki akal yang agak sedikit lemah berbanding lelaki.Seperti kita sedia ma’lum Allah mengurniakan anak Adam dengan 9 akal dan wanita hanya 1 akal,tetapi dalam masa yang sama Allah mengurniakan wanita 9 nafsu berbanding 1 nafsu untuk lelaki.Terkadang lidah kita sering saja mengeluarkan skrip yang menyalahkan kaum Hawa ini… ‘ahh ni suma salah perempuan la’;….itu la’ini la’…’emo tak tentu pasal,mengada ngada, dan seumpamanya’…..Saya menyangkal pendapat secara total yang mengatakan status wanita adalah tersangat rendah berbanding lelaki.

Hal ini adalah kerana ajaran kita (Islam) sudah terang lagi bersuluh menyanjung tinggi status wanita dan peranan mereka di dalam agama kita.Perkara ini bertepatan sebagaimana yang Allah nukilkan didalam Al-Quran yang berbunyi

Maka Allah mempekenankan permohonan mereka,’sesungguhnya Aku tidak akan mempersikan amalan orang yang beramal antara kamu baik lelaki mahupun perempuan kerana sebahagian kamu adalah keturunan dari sebahagian yang lain’ {Ali-Imran-42}
Allah juga memuliakan Asiah si isteri Firaun laknatullah kerana ketaqwaannya dan pada masa yang sama mengutuk Firaun, seorang lelaki kerana kakufurannya.Dalilnya sudah jelas sebagaimana Allah mengatakan dalam surah {At-Tahrim ayat 11}

‘Wahai tuhanku,jadikanlah bagiku sebuah rumah disisiMu dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim’
Justeru, pendapat yang mengatakan Islam menghina dan mengotak-ngatikkan wanita adalah tanggapan yang tidak benar sama sekali..Cuba kita perhatikan peranan wanita pada zaman Rasulullah,Khalifah yang 4 dan zaman kegemilangan Islam,wanita diangkat dan disanjung setinggi-tingginya.Contohnya :

1)Semasa berlaku perjanjian Hudaibiah,baginda mengarahkan para sahabat mencukur rambut dan menyembelih haiwan ternakan sebelum kembali ke Madinah.Lantaran terlalu sedih memikirkan nasib mereka yang tidak dapat melaksanakan ibadah Haji pada tahun tersebut,tidak ada seorang pun dikalangan mereka yang melakukan ibadah tersebut.Melihatkan keadaan itu,Ummu Salamah menasihati Rasulullah supaya melakukan ibadah tersebut terlebih dahulu kerana beliau yakin selepas baginda melakukannya nescaya para sahabat akan menurutinya pulak.Nabi Muhammad menuruti nasihat Ummu Salamah dan membenarkan pandangan isterinya.Apabila kita mengamati insiden ini dapat kita simpulkan bahawa Ummu Salamah tidak lari daripada seorang penasihat kepada pemimpin Negara.

2)Al-Quran adalah wahyu Allah.PAda zaman nabi,Al-Quran dihafaz dan diamalkan oleh sekumpulan sahabat.Pada zaman khalifah Abu Bakar,tulisan-tulisan Al-Quran dihimpunkan dan disimpan oleh beliau. Selepas kematian khalifah Abu Bakar,khalifah Umar menyimpannya dan selepas kematiannya himpunan ini diserahkan kepada Ummul Mukminin,Hafsah sebelum beliau menyerahkan himpunan tersebut kepada khalifah Uthman untuk ditulis semula dan dibukukan.Kejadian ini secara jelas menunjukkan kemuliaan wanita Islam serta kepercayaan Islam pada wanitanya kerana Hafsah diberikan kepercayaan supaya menyimpan sumber utama dalam Islam itu sendiri.

3)Selain dari contoh yang telah saya berikan di atas,disini saya juga saya ingin menekankan bahawa wanita juga boleh mengeluarkan fatwa.Hal ini berkaitan bagaimana peranan Aisyah berkaitan hal ini.Beliau bukan sahaja dapat mengeluarkan fatwa,malah beliau juga mampu membetulkan fatwa yang dikeluarkan sahabat-sahabat nabi yang lain.
Semua ini adalah dalil-dalil yang kukuh mengangkat darjat wanita dalam Islam dan jelas sekali mereka mempunyai peranan yang tinggi alam pembangunan masyarakat sejagat.Walau bagaimanapun, tugas utama wanita sebagai isteri dan ibu yang bakal melahirkan zuriat pewaris zaman yang tidak dapat diambil oleh kaum lelaki dan ia sudah jelas membuktikan tugas yang tersangat mulia disisi Islam.Namun,tugas wanita bukkan sekadar itu sahaja,malah Islam tidak pernah menghalang wanita dari menguasai penjuru-penjuru dan mengisi ruang dan peluang yang Allah hamparkan.
Sekarang,mari kita teropong pula status wanita mengikut agama Judaisme, Kristian dan Hindu…
Perbandingan agama berhubung perkara ini juga perlu kita dalami supaya kecantikan Islam akan terus gemerlang dan kontroversi dapat dicairkan.Menurut ajaran Judaisme,wanita keseluruhannya dikutuk oleh tuhan.Manurut Leonard j.Swidler (1976) didalam women in Judaism : The status of woman in Formative Judaism, pendita-pendita yahudi menyenaraikan 9 kutukan yang ditimpalkan tuhan kepada kaum wanita….

1)Bebanan haid
2)Bebanan pendarahan dara
3)Bebanan mengandung
4)Bebanan melahirkan anak
5)Bebanan membesarkan anak
6)Bebanan menutup kepala seperti sedang berkabung
7)Bebanan menindik telingan seperti seorang hamba
8)Penyaksian yang tidak boleh diterima
9)Bebanan menghadapi maut..

Salah satu ayat kontroversi yang terdapat dalam kitab Perjanjian Lama adalah ayat 19 dan 24 dalam bab Ecclesiasticus yang bermaksud, No wickedness comes anywhere near the wickedness of any woman…Sin began with woman and thanks to her we all must die…Ia bermaksud,’tidak ada kejelikan selain dari penciptaan wanita,,dosa bermula darinya dan kita semua menghadapi maut kerananya’… Ecclesiaticus adalah salah satu bab yang terdapat dalam kitab Bible bahagian apocrypha.Golongan Katolik Roman mengiktiraf apocrypha ini sebagai kalam tuhan.

Tambahan daripada itu,wanita yahudi jugak tidak berhak memiliki sebarang harta.Disebutkan dalam Talmud San 71a,Git 62a disebutkan ,’How can a woman have anything;whatever is hers belongs to her husband.

Dalam agama Kristian pula,Hawa dianggap punca segala kesalahan yang Adam lakukan.Justeru wanita diarahkan supaya tunduk pada lelaki.Di dalam Bible, disebutkan peranan St.Paul dalam bab 1 Timothy 2;11-14 “A woman should learn in quietness and full submission. I don’t permit a woman to teach or to have authority over a man, she must be silent. For Adam was formed first, then Eva.And Adam was not the one deceived ;it was a woman who was deceived and become a sinner..

Dosa Hawa member kesan negative kepada semua wanita.Dalam bab Genesis 3 ayat 16,disebutkan “I’ll greatly increase your pains in childbearing;with pain you will give a birth to children.Your desire will be for your husband, and he will rule for you.

Dalam konteks agam Hindu pula, status wanita juga seringkali menjadi kontroversi..Didalam kitab suci Manu Smiriti yang menjelaskan tentang undang-undang agama Hindu disebutkan , ”Never trust a woman. Never sit alone with a woman even if it may be your mother, she may tempt you. Do not sit alone with your sister she may tempt you. Never sit with your daughter, she may tempt you..” Perincian mengenai perkara ini dijelaskan secara jelas oleh Dr. Chatterjee dalam artikelnya yang bertajuk “Oh Your Hindu Awake”.

Selain dari itu, wanita Hindu yang sudah berkahwin tidak boleh memiliki sebrang harta.Dalam Manu Smiriti 7;416-417 dijelaskan.A wife, slave and a son, these three are declared to have no property; the wealth which the earn is (acquired) for him to whom they belong”..Di dalam kitab yang sama juga ada disebutkan ,”Na stree swadanatriya marthathi,” yang bermaksud,”Tidak ada kemerdekaan bagi wanita dalam masyarakat,Apabila semua ini dibandingkan dengan Islam, keunggulan wanita dalam konteks Islam terserlah tanpa sebarang keraguan.

Sidang pembaca sekalian, sedarkah kalian bahawa dalam kita meniti kebobrokan akhlak di alam kontemporari ni, secara langsung atau tidak langsung satu fenomena baru telah melanda barat yakni semakin ramai wanita barat memeluk Islam.Perkembangan ini dihuraikan secara jelas oleh Lucy Berrington di dalam majalah The Times terbitan 9 Nov 1993 di bawah tajuk The Spread of a world creed. Beliau berkata .”semakin ramai rakyat Britain terutamanya kaum wanita memeluk Islam dan jumlah mereka dianggarkan antara 10000 dan 20000 orang.Dijangkakan dalam tempoh 20 tahun lagi, jumlah ini akan mengatasi jumlah pendatang asing yang Muslim.malah fenomena yang sama juga turut melanda Amerika.Statistik menunjukkan bahawa daripada setiap 5 orang yang memeluk Islam,4 daripadanya adalah wanita.

Di Britain antara wanita terkenal yang memeluk Islam adalah anak hakim yang terkenal, Lord Scoot.Mereka memilih Islam setelah melihat peningkatan kes-kes jenayah yang melanda masyarakat yang kian hari semakin parah dan mereka percaya hanya Islam ada penyelesaiaannya.Berdepan dengan hal ini,wanita perlu sentiasa sedar dengan kekuatan yang wujud pada agamanya supaya salah faham dan kekeliruan dapat digantikan dengan rasa bangga kepada Islam. Apabila wanita Barat sudah mula melihat Islam sebagai permata yang bernilai,adalah perkara yang aneh dan menyedihkan apabila wanita wanita Islam melihatnya sebagai kaca yang tiada nilai…Harap sidang pembaca lebih menghargai ajaran Islam yang sempurna ini dan mengamalkan secara total….



Assalamualaikum………..

3 comments:

Unknown said...

muslimat x dangkal ler

Alone said...

kadang2 ada yang mengatakan islam ini agama dikriminasi.

Islam membataskan, bukan merendahkan darjat sesiapa.

h_karimah said...

salaam aliak...
bru sempat bk blog ni...
lame x update =)...
anyway, good issue, brilliant discussion...
keep up ur good work =)but, be extra careful in publishing ur idea to public =)
~we all support u~