Ahlan

Friday, January 16, 2009

Salam Permisi Salam Introduksi....



Bismillahirrahmanirrahim.....salam wadah permisi..


Assalamualaikum dan selamat pagi bt sahabat,teman dan seumpamanya yang melayari blog ana andai kata ketika ini matahari baru saja menunjukkan dirinya,selamat ptg bt yang melayari andai pada masa ini mentari sedang terik menjalankan tugasnya dan tidak ketinggalan selamat malam kiranya pada saat ini matahari sudah melabuhkan tirainya...Maha Suci Allah, Dzat penguasa langit dan seisinya.......Tidak pernah sesekali makhluknya bernama matahari INGKAR atas ketetapan Sang Khaliq sejak azali....Hebat kan Allah..

Pertamanya seinfiniti terima kasih buat sahabat2 yang asyik saja approch ana untuk memiliki blog sendiri...Alhamadulillah pada saat ini ana sudah menyahut cabaran antum...('..")...InsyaAllah dari masa ke masa ana akan update dan terbitkan apa yang sewajarnya memandangkan ana juga terpanggil untuk menggunakan blog sebagai satu wasilah dan madah untuk meneruskan Sunnah Baginda kerana ana juga yakin bahawa perjuangan merupakan sebahagian dari kehidupan,berlanjut bersama denyutan nadi,bersambung bersama dengupan jantung dan hanya akan berhujung pabila Izrail datang menjemput hambaNya bertemu Ilahi...

Sebarang idea penambahbaikan amat2 ana harapkan....Wallhua'lam....

Salam introduksi.....

No comments: