Ahlan

Friday, January 16, 2009




Assalamualaikum w.b.t…………


Hamdalah puji-pujian syukur yang tidak terhingga kiranya kepada Sang Khaliq,Penguasa langit dan bumi atas segala nikmat,mawaddah dan sakinah yang dilimpahkan pada hambaNya,nikmat yang tidak akan terhitung banyaknya hatta seisi dunia dan makhluk yang mendiaminya berkumpul untuk meng hitung nikmat-nikmat yang tidak terperi ini.


Terkasima saya pada sejarah tamadun manusia yang banyak menyingkap 1001 episod yang dapat menyalakan obor semangat tiap-tiap pemuda yang inginkan perubahan,perubahan yang bakal menggoncangkan dunia yang kian mencabar tiap-tiap penghuninya.Mari kita teropong bagaimana dinasti Zhang(China) berbekalkan kemajuan ketamadunnya,kerajaan Rome yang gah berdiri kerana tenteranya, kerajaan Parsi yang terkehadapan berpaksikan struktur organisasinya,tidak lain dan tidak bukan kesemua ini adalah berlatar belakangkan sejauh mana tahap pemikiran pemimpin yang ada pada zaman tersebut. Malah sebagai umat Rasul tercinta,sedar atau tidak dinasti kerajaan Islam itu adalah jauh diufuk lebih terkehadapan dari dinasti-dinasti yang telah saya sebutkan tadi.Buktinya sudah jelas lagi bersuluh bagaimana kerajaan Parsi dan Rome yang dilabelkan kerajaan yang terhebat pada abad tersebut boleh akur dan tunduk di bawah payung naungan pimpinan baginda Rasulullah,terpaksa akur dengan perancangan yang digazetkan baginda.Hal ini secara jelas membuktikan bahawa kita adalah umat yang paling terkehadapan.


Enak saya sebutkan di sini berbekalkan dengan sejarah ketamadunan yang membuktikan kehebatan umat Muhammad pada zaman tersebut,maka amat wajarlah kita jadikan episod tersebut sebagai aspirasi yang memotivasi diri supaya kita tidak lagi ketinggalan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pembangunan manusia segajat.Di sudut ruang kecil ini ingin saya rakamkan seinfiniti rasa teruja dan setinggi rasa terima kasih kepada saff sahabat seperjuangan yang tidak memiliki istilah ‘penat lelah’ dalam kamus kehidupan masing-masing bagi mengurus,mentadbir dan merancang yang terbaik untuk amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Dzat Penguasa Alam.


Kepada barisan sahabat dan teman ,saya doakan moga kalian dapat menjalankan amanah sebagai khalifah yang dipikul sebaik mungkin bagi menjayakan apa yang telah dirancang dengan jayanya.Harus diingat,amanah dibahu bukanlah untuk dibanggakan,bukan jua untuk diperkatakan,tapi tugas yang perlu dilaksanakan kerana ia sudah pasti akan dipersoalkan di hari Pertimbangan.Dalam bekerja sudah pasti kalian akan dihujani dengan mehnah tribulasi yang datangnya dari pelbagai arah yang tidak diduga,jadi persiapkan diri,mantapkan thaqafah,perkayakan amalan hati dan renovate iman hari ke hari.Pimpinan yang baik adalah mereka yang tiggi sifat taqwanya.Moga kita termasuk dalam kelompok manusia tersebut…






Wassalam…..(‘..”)


No comments: