Ahlan

Tuesday, April 7, 2009

MAHASISWA VS MAHASISA





MAHASISWA VS MAHASISA




Assalamualaikum,




Alhamdulillah semaksima syukur bt Sang Khaliq,Dzat penguasa dunia fantasi dan reality.Mahasiswa VS Mahasisa??? ada perbezaan yang nyata disini dari segi takrif yang saya kira dapat kita jana..Apabila kita bermonolog mengenai mahasiswa,sudah pasti terbetik di fikiran kita golongan yg bakal mewarisi serta menyulami permaidani tampuk pemerintahan negara suatu hati nanti..Mahasiswa merupakan elemen terpenting dalam pembentukan sesebuah negara bangsa.Gelombang mahasiswa mampu menjana Tsunami di mana saja golongan ini berada hatta di negara kita sekaipun mahasiswa merupakan kelompok majority berbanding kelompok-kelompok yang sedia ada.Namun, adakah kita diberi peluang seluasnya untuk terbang di awangan bersama idelisma yang mampu membawa agenda perubahan??? ataupun persoalannya,adakah kita benar-benar mampu menjana arus perubahan tatkala kita semakin dihimpit arus yang mengekang pergerakan mahasiswa di kampus.Mahukah kita menjadi MAHASISA yang tidak lari dari sampah masyarakat takrifannya???
Saya teruja dan tertarik dengan sistem pendidikan yang diamalkan di beberapa negara serantau,contohnya di Thailand dan China,tahap pemikiran para pelajar di negara tersebut jauh bezanya berbanding pemikiran mahasiswa kita.Hal ini kerana mereka telah melaksanakan sebuah projek yang dinamakan ‘future leader’ yakni kesemua pelajar yang tinggi IQ,EQ dan SQ dikumpulkan dan diberi pendidikan khas supaya kelompok ini dapat menjadi golongan pemikir seterusnya memegang tampuk pemerintahan negara dalam keadaan yang lengkap persediaannya.Jadi sudah pasti ratusan malah ribuan pelajar yang genius dapat dijana melalui system yang sedang mereka amalkan ini.
Tapi,lain pula fenomenanya di negara kita,Mahasiswa dikekang serta digari dengan AUKU, Student’s rules dan sebagainya yang saya kira amat menjelikkan jika inilah yang menjadi asas penjanaan produk pimpinan masa akan datang.Pemikiran kita masih dikongkong,masih rigik dan jumud seperti sediakala.Saya masih teringat apabila saya berkesempatan dan diberi peluang berforum bersama dengan Dr Mashitah Ibrahim (SU Negara Di Jabatan PM),soalan pertama yang beliau anjurkan adalah,’apakah yang saya faham mengenai Melayu Glocal’??..Mujurlah pada masa tersebut saya ada membuat sedikit bacaan mengenai Melayu Glocal ni.Yang dimaksudkan dengan Melayu Glocal ni adalah melahirkan masyarakat orang Melayu yang berfikiran global dan local.Jadi sudah pasti bakal melahirkan momentum yang tidak kurang hebatnya.
Perkaitan yang ingin saya lontarkan disini adalah tidak salah sekiranya kita mereformasi Melayu local kepada Mahasiswa Glocal.Mungkin boleh dianggap sebagai penjenamaan yang baik untuk menaikkan semula semangat dan peranan kita sebagai Mahasiswa yang kian lesu dan longlai.
Sejarah telah menyingkap pelbagai episode yang membuktikan betapa ‘kuasa’ mahasiswa mampu menjatuhkan pentadbiran yang kobobrok.
Sebagai contoh sebagaimana yang berlaku di Indonesia apabila 5 orang mahasiswa terbunuh apabila memperjuangkan hak rakyat yang ditindas gara-gara kepincangan Suharto dalam pentadbiran negara yang terkenal dengan rasuah.Keadaan yang sama turut dirakamkan di negara jiran kita,Thailand apabila mahasiswa bangkit untuk menjatuhkan kerajaan Thaksin yang memperjudikan saham yakni dengan menjual saham terbesar negara Thailand negara kepada Singapura yang akhirnya menyababkan perubahan tampuk pimpinan nagara secara besar besaran.
Jadi,sudah terang lagi bersuluh bahawa ‘kuasa’ mahasiswa dapat kita jana sekiranya kita berupaya merubah corak dan tahap pemikiran Mahasiswa yang sedia ada…
Usah biarkan Mahasiswa direfrom menjadi Mahasisa yang tidak bermaruah…Ayuh mari kita BANGKIT
Wassalam…

2 comments:

Anonymous said...

salam..alhamdulillah,teruja apabila membaca artikel yang penuh semangat dan ilmu pengetahuan ini..tapi, ana kurang jela pada sistem pendidikan yang anta nyatakan pada petikan ini:

"Mahasiswa dikekang serta digari dengan AUKU, Student’s rules dan sebagainya yang saya kira amat menjelikkan jika inilah yang menjadi asas penjanaan produk pimpinan masa akan datang.Pemikiran kita masih dikongkong,masih rigik dan jumud seperti sediakala."
Minta lebih dijelaskan..
salam ukhwah..

Jilul Syahid said...

aisalam..
menjjawab kpd persoalan enti,ok kalo kat IPTA n IPTS mahasiswa/i dikekang dengan AUKU.Auku means larangan kpd semua mahasiswa/i dr menyertai sebarang NGO mahupun parti politik..Students rules plak ada n diamalkan dlm UIA.UIA xterikat dgn AUKU coz we are under OIC but in the same time Student's rules just like the mirror as AUKU..jd jelasnya bila students diharamkan dr menyertai mana2 NGO @ paerti politik secra xlangsung akan mengakang perkembangan minda..harap menjawab....Xjelas part mana bg tau ya..ana bole detailkan...