Ahlan

Thursday, March 12, 2009

'Kita NI Sama SAJA'.........




Sama,seerti, equal mahupun serupa,,,Mungkin inilah kesimpulan awal yang dapat saya girap untuk perkongsian yang berapa Ilmiah saya kira untuk terbitan pada kali ini..Ahli jamaah kita tidak ubah seperti Umno”. Bunyinya agak kontroversi dan merensing, tetapi inilah yang mahu saya kongsikan dengan sahabat –sahabat saya. Saya mohon seinfiniti kemaafan jika kata-kata ini membuatkan sedara sedari rasa marah terhadap saya, tetapi saya rasa saya perlu sampaikan hal ini sementelahan saya masih boleh memberikan nasihat kepada diri saya sendiri sebenarnya.

Ok, lebih baik saya memberikan contoh supaya kita jelas, ramai ahli kita macam malaikat sebenarnya, tetapi yang macam Umno pun ramai. Mohon ampun kerana menggambarkan Umno kepada satu simbolika yang agak kurang baik. Oh ye, bukan kurang baik, malah memang tidak baik pun.Selesai bahagian konseptual.Bak kata yang lebih tepat kita ni selalu berlagak baik.Ayuhhhh

Berbalik pula secara literalnya,kita sering mengkritik orang Umno yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik,pecah amanah,rasuah mahupun money politic. Orang umno kononnya tidak pandai memimpin dan mentadbir. Betul tu, mungkin banyaklah walaupun ada juga yang pandai mentadbir dan menyusahkan rakyat. Namun sedar tidak sedar kita sendiri pun bukanlah pandai sangat mentadbir pun. Yela, saya bukan maksudkan kita mesti handal dan terror mentadbir sehingga ke tahap perfect, tetapi sekurang-kurangnya kita menjadi ahli yang berdisiplin dan komited. Ini tidak, kita hanya pandai mengkritik orang Umno tidak berdisiplin tetapi kita sendiri pun tidak berdisiplin malah terkadang dalam beberapa iklim kita pula yang lagi kobobrok.

Kita sering melaungkan pembelaan terhadap kebajikan mahasiswa. Jangan tutup suara mahasiswa,mansuhkan AUKU, jangan halang mahasiswa, biarkan mahasiswa terapung-apung dalam dunia yang disulami dengan keindahan idealisme. YA,Bagus tu baguslah, tetapi kita hanya pandai melaung, buatnya tidak.Cakap kita berdegar-degar,mahu saja langit runtuh, si gunung pun bole naik gerun,macam tsunami nak nya. Sebagai contoh, kita mengkritik MPP dan pihak pentadbiran yang tidak membela kebajikan mahasiswa. Habis tu, apa yang kita buat? Apakah kita menanti kuasa baru hendak bertindak? Jika begitu, bilalah agaknya kita akan mendapat kuasa? Kenapa kita tidak bertindak setakat kemampuan kita untuk membela kebajikan mahasiswa? Bahkan apa yang menyedihkan adalah ada kalangan kita yang hidup bermewah sedangkan masih ramai student yang mengisi perut secara ala kadar.Bagus la sangat kita ni !!!!


Kita laungkan gagasan tarbiah, berpaksikan Quran Sunnah. Menarik dan wajar, memang jamaah kita menitik beratkan soal pentarbiahan. Apa yang menarik dalam dunia tarbiah jamaah ini ialah beberapa nuqaba’ hanya mengambil jalan pintas sahaja. Bila saya sebut beberapa ni, maksudnya bukan semua lah. Nuqaba’ hanya tunggu dan tengok, siapa yang rajin datang ke surau, ha, maka orang itulah yang diserapkan ke dalam usrah untuk ditarbiah. Alahai, senanglah jika begitu. Apakah orang yang tidak datang ke surau itu tidak layak untuk ditarbiahkan? Sepatutnya tarbiah ini sebagaimana kata Us Yahya Othman adalah, kita mencari orang yang cerdik untuk ditarbiah, bukannya kaki surau.Inilah yang dikatakan bila masuk jemaah ja pijak semut pun takkan mati, Tsiqah la sangat.Mengapa ada lagi yang berfikiran jumud+dangkal dan rigik seperti ini.Jalan da’wah itu luas terbentang, kitalah yang memilihnya mengikut kondisi kekuatan diri.Pabila jadi ahli saja, jalan mesti berkopiah, tangan pula mesti ada tasbih.Aduh beginikah kotak pemikiran insan yang berdegar-degar untuk memperjuangkan agama Allah.
Kita mengatakan universiti tidak ilmiah, malah banyak memuatkan aktiviti hiburan. Ha, senang je kita memukul dan membantai universiti secara semborono kosong. Check dulu, betul ke tidak banyaknya hiburan berbanding keilmuan, ataupun kita ni hanya check jadual hiburan sahaja tidak check aktiviti keilmuan. Kalau kita serius memperjuangkan aktiviti ilmiah, kenapa kita sendiri malas dan berat tulang untuk menghadiri program-program keilmuan? Bukan sekadar aktiviti ilmiah anjuran universiti yang kita malas hadiri, malah program keilmuan jamaah pun kita turut malas.

Jadi, saya ni bukannya nak mengkritik. Malah saya harap ini bukannya kritikan tetapi ini sebagai satu nasihat yang sengaja saya keraskan nada dan rimanya, agar jiwa yang keras akan terpukul, agar yang sombong baik akan terkocak hatinya.

Assalamualaikum……..

No comments: