Ahlan

Saturday, April 25, 2009

National ZOO !!! BESTttt






Salam Ukhwwah pencetus MAHABBAH pencerna MAWADDAH..

Huh dah lama jari jemari ni tak menari nari diatas papan keyboard yg hitam sifatnya ni..Maklum la musim exm+membizikan diri..Alhamdulillah segalanya dah selesai saya kira..Tggu detik result ja 28hb ni..Doaku moga dapat yg terbaik moga kesemua jasa bonda sedikit akan terbalas…
Erm ok lah Cuma nak kongsi dgn kalian cerita best nih..Alhamdulillah lpas ja last paper aritu saya dan 7 org lagi kwn2 p satu tempat yg sangat2 menarik n mengujakan..Subhanallah indahnya ciptaanMU..terasa sgt diri ni kerdil,hina dan tak terdaya atas segalanya..Kami remaja ber-8 bt satu trip ke ZOO NEGARA ataupun lbih dikenali sbg ‘taman haiwan semalaysia’..
Fuhhh berjaya jgk menghasut shbt2 saya p skali,asalnya xda pun yg nak join..Ma’lum la dah remaja tua ajak p tgk binatang,tp Alhamdulillah Berjaya jgk saya pengaruhi depa nih..Sblum nih kami dah dikecewakan time p PERTROSAINS kat KLCC..Bukan sebab apa,elok sampai di pintu masuk PETROSAINS tu ja, ada bro yg dok sambut org tu bagitau tiket lawatan utk hari tersebut sudah habis dijual.. HUH Allah jay g tau betapa penatnya kami nak sampay ke KLCC dgn perjalanan yg tak berapa jauh dari GOMBAK.. Namun segalanya berbaloi bila hilang penat selama 1sem berhempas pulas dgn buku2 yg tebal ats meja tu..

Actually focus saya kat cni just nak eratkan hubungan antara kami..Kdg2 saya pun hairan kenapa wujud segelintir manusia yang just berkawan dgn kelompok tertentu sahaja..Jd mcm mana dakwah kita nak jd efektif dan berkesan???Kwn saya pernah luahkan rasa hati dia betapa dia nak sangat jd baik mcm org lain,tapi dia kata dia segan nak dekati golongan yang mcm ni.Nampak mcm sombong ja dia kata depa ni mcm xmau kwn ja dgn golongan yg mcm dia…
HUmmm jadi sapa yg salah erk???pndapat saya 2 2 pihak ada cilap yg boleh dibetolkan..1)Pihak yg nak berubah sewajarnya membuang perasaan inferior tersebut..xperlu rasa tersissih n terlampau malu yg xbertempat…2)Para Dai’e plak jadi la fleksible ckt,bg kwn2 kita selesa bilamana berada n bersua dgn kita..Jg la jumud sgt dgn dakwah kita tuh ya…Ada 1001 kelebihan dalam diri mad’u kita sebenarnya.Apa yg penting,kita gali sedalamnya…InsyaALLAH

Tuesday, April 7, 2009

MAHASISWA VS MAHASISA





MAHASISWA VS MAHASISA




Assalamualaikum,




Alhamdulillah semaksima syukur bt Sang Khaliq,Dzat penguasa dunia fantasi dan reality.Mahasiswa VS Mahasisa??? ada perbezaan yang nyata disini dari segi takrif yang saya kira dapat kita jana..Apabila kita bermonolog mengenai mahasiswa,sudah pasti terbetik di fikiran kita golongan yg bakal mewarisi serta menyulami permaidani tampuk pemerintahan negara suatu hati nanti..Mahasiswa merupakan elemen terpenting dalam pembentukan sesebuah negara bangsa.Gelombang mahasiswa mampu menjana Tsunami di mana saja golongan ini berada hatta di negara kita sekaipun mahasiswa merupakan kelompok majority berbanding kelompok-kelompok yang sedia ada.Namun, adakah kita diberi peluang seluasnya untuk terbang di awangan bersama idelisma yang mampu membawa agenda perubahan??? ataupun persoalannya,adakah kita benar-benar mampu menjana arus perubahan tatkala kita semakin dihimpit arus yang mengekang pergerakan mahasiswa di kampus.Mahukah kita menjadi MAHASISA yang tidak lari dari sampah masyarakat takrifannya???
Saya teruja dan tertarik dengan sistem pendidikan yang diamalkan di beberapa negara serantau,contohnya di Thailand dan China,tahap pemikiran para pelajar di negara tersebut jauh bezanya berbanding pemikiran mahasiswa kita.Hal ini kerana mereka telah melaksanakan sebuah projek yang dinamakan ‘future leader’ yakni kesemua pelajar yang tinggi IQ,EQ dan SQ dikumpulkan dan diberi pendidikan khas supaya kelompok ini dapat menjadi golongan pemikir seterusnya memegang tampuk pemerintahan negara dalam keadaan yang lengkap persediaannya.Jadi sudah pasti ratusan malah ribuan pelajar yang genius dapat dijana melalui system yang sedang mereka amalkan ini.
Tapi,lain pula fenomenanya di negara kita,Mahasiswa dikekang serta digari dengan AUKU, Student’s rules dan sebagainya yang saya kira amat menjelikkan jika inilah yang menjadi asas penjanaan produk pimpinan masa akan datang.Pemikiran kita masih dikongkong,masih rigik dan jumud seperti sediakala.Saya masih teringat apabila saya berkesempatan dan diberi peluang berforum bersama dengan Dr Mashitah Ibrahim (SU Negara Di Jabatan PM),soalan pertama yang beliau anjurkan adalah,’apakah yang saya faham mengenai Melayu Glocal’??..Mujurlah pada masa tersebut saya ada membuat sedikit bacaan mengenai Melayu Glocal ni.Yang dimaksudkan dengan Melayu Glocal ni adalah melahirkan masyarakat orang Melayu yang berfikiran global dan local.Jadi sudah pasti bakal melahirkan momentum yang tidak kurang hebatnya.
Perkaitan yang ingin saya lontarkan disini adalah tidak salah sekiranya kita mereformasi Melayu local kepada Mahasiswa Glocal.Mungkin boleh dianggap sebagai penjenamaan yang baik untuk menaikkan semula semangat dan peranan kita sebagai Mahasiswa yang kian lesu dan longlai.
Sejarah telah menyingkap pelbagai episode yang membuktikan betapa ‘kuasa’ mahasiswa mampu menjatuhkan pentadbiran yang kobobrok.
Sebagai contoh sebagaimana yang berlaku di Indonesia apabila 5 orang mahasiswa terbunuh apabila memperjuangkan hak rakyat yang ditindas gara-gara kepincangan Suharto dalam pentadbiran negara yang terkenal dengan rasuah.Keadaan yang sama turut dirakamkan di negara jiran kita,Thailand apabila mahasiswa bangkit untuk menjatuhkan kerajaan Thaksin yang memperjudikan saham yakni dengan menjual saham terbesar negara Thailand negara kepada Singapura yang akhirnya menyababkan perubahan tampuk pimpinan nagara secara besar besaran.
Jadi,sudah terang lagi bersuluh bahawa ‘kuasa’ mahasiswa dapat kita jana sekiranya kita berupaya merubah corak dan tahap pemikiran Mahasiswa yang sedia ada…
Usah biarkan Mahasiswa direfrom menjadi Mahasisa yang tidak bermaruah…Ayuh mari kita BANGKIT
Wassalam…

Pesanan Imam-AlGhazali..bt Santapan kita............


Kehidupan kita seharian memang tidak dapat memisahkandiri dari pemerintah/pemimpin. InsyaAllah, tazkirahdari Imam Al Ghazali di bawah ini dapat dijadikaniktibar supaya dapat memelihara diri dari kemurkaan Allah.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


1. Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim,malah jangan bertemu dengan mereka. Bejumpa dan bergaul denganmereka banyak padahnya. Dan sekiranya kamu terpaksa, maka jangansekali-kali memuji mereka. Kerana Allah amat murka sekiranyaorang fasik dan zalim dipuji. Dan sesiapa yang mendoakan panjangumur mereka, maka dia sebenarnya suka agar Allah didurhakai dimuka bumi.


2. Jangan menerima apa-apa pemberian daripada golonganpembesar, walaupun kamu tahu pemberian itu adalah darisumber yang halal. Sikap tamakkan pemberian mereka akanmerosakkan agama. Dari situ akan timbul rasa simpati terhadapmereka. Kamu akan mula menjaga kepentingan mereka dan berdiamdiri terhadap kezaliman yang mereka lakukan. Ini semua akanmerosakkan agama. Dan sekecil-kecil mudarat ialah apabilakamu menerima pemberian mereka, kamu akan merasasayang terhadap mereka. Seterusnya kamu akan mendoakanagar mereka kekal lama pada kedudukan mereka. Mengharapkanseseorang yang zalim itu kekal lama pada tempatnya,adalah seperti mengharapkan kezaliman terus berpanjanganke atas hamba-hamba Allah dan agar alam ini musnah sepenuhnya.Apa lagi yang lebih buruk daripada itu terhadap agama ini?Kamujuga harus berwaspada agar tidak disesatkan olehsyaitan melalui kata-kata sebahagian manusia kepadamu,"Lebih baik kau ambil wang yang mereka berikan itu. Kamu bolehmembahagikannya kepada fakir miskin. Kalau engkau biarkan merekamembelanjakan wang tersebut, sudah tentu mereka menggunakannya untukkemaksiatan." Sesungguhnya ramai manusia telah disesatkan olehsyaitan dengan cara ini.



Semuanya telah termaktub di dalam kitabIhya': carilah di sana.


(dipetik dari: PERINGATAN IMAM AL-GHAZALI, m/s 49-50)

Thursday, March 12, 2009

'Kita NI Sama SAJA'.........




Sama,seerti, equal mahupun serupa,,,Mungkin inilah kesimpulan awal yang dapat saya girap untuk perkongsian yang berapa Ilmiah saya kira untuk terbitan pada kali ini..Ahli jamaah kita tidak ubah seperti Umno”. Bunyinya agak kontroversi dan merensing, tetapi inilah yang mahu saya kongsikan dengan sahabat –sahabat saya. Saya mohon seinfiniti kemaafan jika kata-kata ini membuatkan sedara sedari rasa marah terhadap saya, tetapi saya rasa saya perlu sampaikan hal ini sementelahan saya masih boleh memberikan nasihat kepada diri saya sendiri sebenarnya.

Ok, lebih baik saya memberikan contoh supaya kita jelas, ramai ahli kita macam malaikat sebenarnya, tetapi yang macam Umno pun ramai. Mohon ampun kerana menggambarkan Umno kepada satu simbolika yang agak kurang baik. Oh ye, bukan kurang baik, malah memang tidak baik pun.Selesai bahagian konseptual.Bak kata yang lebih tepat kita ni selalu berlagak baik.Ayuhhhh

Berbalik pula secara literalnya,kita sering mengkritik orang Umno yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik,pecah amanah,rasuah mahupun money politic. Orang umno kononnya tidak pandai memimpin dan mentadbir. Betul tu, mungkin banyaklah walaupun ada juga yang pandai mentadbir dan menyusahkan rakyat. Namun sedar tidak sedar kita sendiri pun bukanlah pandai sangat mentadbir pun. Yela, saya bukan maksudkan kita mesti handal dan terror mentadbir sehingga ke tahap perfect, tetapi sekurang-kurangnya kita menjadi ahli yang berdisiplin dan komited. Ini tidak, kita hanya pandai mengkritik orang Umno tidak berdisiplin tetapi kita sendiri pun tidak berdisiplin malah terkadang dalam beberapa iklim kita pula yang lagi kobobrok.

Kita sering melaungkan pembelaan terhadap kebajikan mahasiswa. Jangan tutup suara mahasiswa,mansuhkan AUKU, jangan halang mahasiswa, biarkan mahasiswa terapung-apung dalam dunia yang disulami dengan keindahan idealisme. YA,Bagus tu baguslah, tetapi kita hanya pandai melaung, buatnya tidak.Cakap kita berdegar-degar,mahu saja langit runtuh, si gunung pun bole naik gerun,macam tsunami nak nya. Sebagai contoh, kita mengkritik MPP dan pihak pentadbiran yang tidak membela kebajikan mahasiswa. Habis tu, apa yang kita buat? Apakah kita menanti kuasa baru hendak bertindak? Jika begitu, bilalah agaknya kita akan mendapat kuasa? Kenapa kita tidak bertindak setakat kemampuan kita untuk membela kebajikan mahasiswa? Bahkan apa yang menyedihkan adalah ada kalangan kita yang hidup bermewah sedangkan masih ramai student yang mengisi perut secara ala kadar.Bagus la sangat kita ni !!!!


Kita laungkan gagasan tarbiah, berpaksikan Quran Sunnah. Menarik dan wajar, memang jamaah kita menitik beratkan soal pentarbiahan. Apa yang menarik dalam dunia tarbiah jamaah ini ialah beberapa nuqaba’ hanya mengambil jalan pintas sahaja. Bila saya sebut beberapa ni, maksudnya bukan semua lah. Nuqaba’ hanya tunggu dan tengok, siapa yang rajin datang ke surau, ha, maka orang itulah yang diserapkan ke dalam usrah untuk ditarbiah. Alahai, senanglah jika begitu. Apakah orang yang tidak datang ke surau itu tidak layak untuk ditarbiahkan? Sepatutnya tarbiah ini sebagaimana kata Us Yahya Othman adalah, kita mencari orang yang cerdik untuk ditarbiah, bukannya kaki surau.Inilah yang dikatakan bila masuk jemaah ja pijak semut pun takkan mati, Tsiqah la sangat.Mengapa ada lagi yang berfikiran jumud+dangkal dan rigik seperti ini.Jalan da’wah itu luas terbentang, kitalah yang memilihnya mengikut kondisi kekuatan diri.Pabila jadi ahli saja, jalan mesti berkopiah, tangan pula mesti ada tasbih.Aduh beginikah kotak pemikiran insan yang berdegar-degar untuk memperjuangkan agama Allah.
Kita mengatakan universiti tidak ilmiah, malah banyak memuatkan aktiviti hiburan. Ha, senang je kita memukul dan membantai universiti secara semborono kosong. Check dulu, betul ke tidak banyaknya hiburan berbanding keilmuan, ataupun kita ni hanya check jadual hiburan sahaja tidak check aktiviti keilmuan. Kalau kita serius memperjuangkan aktiviti ilmiah, kenapa kita sendiri malas dan berat tulang untuk menghadiri program-program keilmuan? Bukan sekadar aktiviti ilmiah anjuran universiti yang kita malas hadiri, malah program keilmuan jamaah pun kita turut malas.

Jadi, saya ni bukannya nak mengkritik. Malah saya harap ini bukannya kritikan tetapi ini sebagai satu nasihat yang sengaja saya keraskan nada dan rimanya, agar jiwa yang keras akan terpukul, agar yang sombong baik akan terkocak hatinya.

Assalamualaikum……..

Complete Each Other Not To Compete <';;'>







Assalamualaikum kepada semua sidang pembaca.Article yang saya muatkan untuk terbitan kali ini adalah hasil buah fikiran seorang sahabat yang saya amat kagumi jiwanya, teguh imannya dan terpasak teguh aqidahnya….Moga dapat menjadi pengajaran buat kita semua, InsyaAllah..

بــسم الله الرحمن الرحيم
Coretan ini hanya saja apa yang terlintas di fikiranku terhadap insan yang bernama “lelaki”
الرِّجَالُ قَوَّامُوْنَ عَلَى النِّسَاء.........إلخ
Lelaki itu pelindung bagi perempuan…(Surah An-Nisaa’ ayat:34)

Empat patah perkataan arab ini sudah cukup jelas membuktikan memberitahu bahawa besarnya tanggungjawab seorang lelaki.Bukannya nama yang perlu disanjung, bukan jua pangkat untuk diagungkan, malahan amanah Tuhan yang perlu dilaksanakan. .Marilah sama-sama kita merenung sejenak tentang acuan bernama lelaki yang dikatakan cukup power, kuat, bijak, berpandangan jauh, optimis dan sebagainya yang mana semuannya positif belaka..Oleh sebab itulah kesemua 25 nabi dan rasul dipilih dikalangan lelaki..Mengapa Allah ciptakan Nabi Adam dahulu, bukan hawa? Pasti ada hikmahnya. Hebat kan lelaki? tapi bila dikhabarkan pula sifat negatifnya seperti pemalas, panas baran, suka tido, hanya tau maen bola, pasti ada saja yang pihak yang nak menyangkal.Sangkalan secara total pulak tu.Terserah kamu wahai lelaki!!. Tetapi sedarlah bahawa kesempurnaan itu hanya milik Sang Khaliq si Penguasa Bumi dan Seisinya

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh hamba tak kata yang mana telah sedia maklum di dalam Al-Quran tak akan wujud surah Ar-rijal, tetapi hebatnya Ar-rijal sehingga di sebut oleh Allah dalam surah An-Nisaa’.. Banggalah anda menjadi lelaki??????
So, bagaimana hendak menjadi lelaki mukmin yang mengagumkan? Anda mestilah:

- Tawaduk’
- Tetap sujud mengabdikan diri kepada Allah tak kira senang atau susah
- Melakukan amar makruf nahi mungkar
- Waspada pada kehendak dan hebat pada tindak
- Berusaha melakar kejayaan dan kegemilangan dalam hidup
- Membimbing isteri dan anak-anak pada jalan yang diredhai
- Dapat menanggani masalah dalam keadaan yang positif

Dengan perkara di atas saya kira sudah cukup menjadikan anda seorang mukmin yang menakjubkan..
Tetapi persoalannya di sini adakah masih wujud golongan lelaki yang menakjubkan seperti ini? Deep on my heart, hamba sangat mengagumi golongan lelaki yang sentiasa menjaga hati dari sebarang penyakit hati atau sebarang lintasan-lintasan hati yang mampu merosak dan menggugat iman mereka. Hhmmm agak sukar untuk dinisbahkan,,kebarangkalian 1 dalam 1000…
Reality dimana dunia sedang menuju era globalisasi yang maju lagi canggih kini, iklim yang menuntuk kita supaya mengejar arus peredaran zaman yang mengujakan, memang sukar untuk cari lelaki yang baik lagi soleh, kebanyakan lelaki memandang enteng pada kebolehan wanita dan yang paling menyedihkan apabila kaum adam ini tanpa segan silu menyindir, mencaci malahan mempersenda kaum hawa yang sedaya upaya cuba beristiqomah dengan pendiriannya. Alahai, ke mana hilangnya lelaki yang baek lagi soleh itu,,,?

Sedar tak sedar lelaki adalah pemimpin kelas pertama. Dengan iman di dada, ibadah yang di jaga, kasih sayang yang dicurahkan serta sanggup berkorban jiwa dan raga demi memartabatkan Islam menjadikan lelaki itu hebat walau di mana mereka berada. Jika kita tak sibukkan diri kita dengan Islam, pasti diri yang lalai akan sibukkan kita dengan dunia. Jika kita tak cuba penuhkan jiwa dengan tarbiyah, pasti jiwa yang lalai akan dipenuhi dengan syubhah. Ayuh!! Hijrahkanlah jiwa menuju kecintaan pada Yang Maha Agung...

Benarkah lelaki juga dikurniakan sifat MALU? Iya lelaki juga dikurniakan oleh Allah s.w.t sifat malu. Kerana MALU lelaki akan menjaga maruah diri dan menjaga aurat, kerana MALU lelaki akan berpesan mengingatkan diri tentang batas-batas social pergaulan, dan kerana MALU lelaki akan mendidik nafsunya dari godaan syaitan laknatullah.. sekiranya lelaki tidak mempunyai sifat malu!!! Nauzubillah, mungkin si lelaki telah hilang taraf KHALIFAH!!! Secara jelasnya kajian mendapati bahawa di dalam jasad seorang leleki normal,mereka akan memiliki kira2 15-20 % sifat-sifat kewanitaan manakala pada perempuan pula, mereka akan memiliki kira-kira 10% sifat kelakian.Tetepi dengan jumlah peratusan itu, bukanlah ia bermakna sifat tersebut menjadi sifat dominan bagi seorang lelaki mahupun wanita.


Baginda Rasulullah pernah berkata: “sesungguhnya malu itu sebahagiah daripada iman”

Wahai mukmin janganlah kamu menzalimi diri dengan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Janganlah jadi insan yang hidupnya tidak mahu barbakti.

Dan janganlah kamu cuba pentingkan diri sendiri. Hidup yang hanya mementingkan diri sendiri adalah falsafah hidup burung merak, cantik ja lebih, manfaatnya tak ada. Daging tak boleh dimakan, malah burung laen enggan berkawan, terbang tak setinggi mana tapi lagaknya mendabik dada. Merak hanya ada kecantikan yang ingin dibanggakan. Jika harga diri merak adalah pada cantiknya sentiasa, apakah harga diri seseorang insan juga bergantung pada paras rupa?? Fikir-fikirkanlah….

Sekian dulu,,,
Salam juang,,

Monday, February 23, 2009

Benarkah perempuan berfikiran ‘DANGKAL,LEMBAB DAN SASAU???







Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat bertemu semula kepada sidang pembaca sekalian..Sudah agak lama kiranya saya tidak mengeluarkan perkongsian,informasi terkini dalam sedikit usaha dakwah yang saya kira amat bersesuaian bilamana kita sedang berada didalam era globalisasi ni yang seringsaja mencengkam mereka yang terleka dan alpa dengan mainan duniawi..
Berbalik kepada tajuk kita kali ni,saya kira sudah pasti jika si pembaca seorang insan dari kaum Hawa sudah pasti kalian amat tidak bersetuju dengan saya.Sebenarnya,jari jemari kecil saya terpanggil untuk mengupas mengenai isu ini tatkala saya telah beberapa kali diajukan mengenai status wanita dalam Islam dan status wanita mengikut ajaran agama lain.Adakah mudah untuk kita simpulkan kaum wanita ini golongan mereka yang DANGKAL,LEMBAB dan SASAU.?

Mungkin ya mungkin tidak..

Ya,memang tidak dinafikan wanita memiliki akal yang agak sedikit lemah berbanding lelaki.Seperti kita sedia ma’lum Allah mengurniakan anak Adam dengan 9 akal dan wanita hanya 1 akal,tetapi dalam masa yang sama Allah mengurniakan wanita 9 nafsu berbanding 1 nafsu untuk lelaki.Terkadang lidah kita sering saja mengeluarkan skrip yang menyalahkan kaum Hawa ini… ‘ahh ni suma salah perempuan la’;….itu la’ini la’…’emo tak tentu pasal,mengada ngada, dan seumpamanya’…..Saya menyangkal pendapat secara total yang mengatakan status wanita adalah tersangat rendah berbanding lelaki.

Hal ini adalah kerana ajaran kita (Islam) sudah terang lagi bersuluh menyanjung tinggi status wanita dan peranan mereka di dalam agama kita.Perkara ini bertepatan sebagaimana yang Allah nukilkan didalam Al-Quran yang berbunyi

‘Maka Allah mempekenankan permohonan mereka,’sesungguhnya Aku tidak akan mempersikan amalan orang yang beramal antara kamu baik lelaki mahupun perempuan kerana sebahagian kamu adalah keturunan dari sebahagian yang lain’ {Ali-Imran-42}
Allah juga memuliakan Asiah si isteri Firaun laknatullah kerana ketaqwaannya dan pada masa yang sama mengutuk Firaun, seorang lelaki kerana kakufurannya.Dalilnya sudah jelas sebagaimana Allah mengatakan dalam surah {At-Tahrim ayat 11}

‘Wahai tuhanku,jadikanlah bagiku sebuah rumah disisiMu dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim’
Justeru, pendapat yang mengatakan Islam menghina dan mengotak-ngatikkan wanita adalah tanggapan yang tidak benar sama sekali..Cuba kita perhatikan peranan wanita pada zaman Rasulullah,Khalifah yang 4 dan zaman kegemilangan Islam,wanita diangkat dan disanjung setinggi-tingginya.Contohnya :

1)Semasa berlaku perjanjian Hudaibiah,baginda mengarahkan para sahabat mencukur rambut dan menyembelih haiwan ternakan sebelum kembali ke Madinah.Lantaran terlalu sedih memikirkan nasib mereka yang tidak dapat melaksanakan ibadah Haji pada tahun tersebut,tidak ada seorang pun dikalangan mereka yang melakukan ibadah tersebut.Melihatkan keadaan itu,Ummu Salamah menasihati Rasulullah supaya melakukan ibadah tersebut terlebih dahulu kerana beliau yakin selepas baginda melakukannya nescaya para sahabat akan menurutinya pulak.Nabi Muhammad menuruti nasihat Ummu Salamah dan membenarkan pandangan isterinya.Apabila kita mengamati insiden ini dapat kita simpulkan bahawa Ummu Salamah tidak lari daripada seorang penasihat kepada pemimpin Negara.

2)Al-Quran adalah wahyu Allah.PAda zaman nabi,Al-Quran dihafaz dan diamalkan oleh sekumpulan sahabat.Pada zaman khalifah Abu Bakar,tulisan-tulisan Al-Quran dihimpunkan dan disimpan oleh beliau. Selepas kematian khalifah Abu Bakar,khalifah Umar menyimpannya dan selepas kematiannya himpunan ini diserahkan kepada Ummul Mukminin,Hafsah sebelum beliau menyerahkan himpunan tersebut kepada khalifah Uthman untuk ditulis semula dan dibukukan.Kejadian ini secara jelas menunjukkan kemuliaan wanita Islam serta kepercayaan Islam pada wanitanya kerana Hafsah diberikan kepercayaan supaya menyimpan sumber utama dalam Islam itu sendiri.

3)Selain dari contoh yang telah saya berikan di atas,disini saya juga saya ingin menekankan bahawa wanita juga boleh mengeluarkan fatwa.Hal ini berkaitan bagaimana peranan Aisyah berkaitan hal ini.Beliau bukan sahaja dapat mengeluarkan fatwa,malah beliau juga mampu membetulkan fatwa yang dikeluarkan sahabat-sahabat nabi yang lain.
Semua ini adalah dalil-dalil yang kukuh mengangkat darjat wanita dalam Islam dan jelas sekali mereka mempunyai peranan yang tinggi alam pembangunan masyarakat sejagat.Walau bagaimanapun, tugas utama wanita sebagai isteri dan ibu yang bakal melahirkan zuriat pewaris zaman yang tidak dapat diambil oleh kaum lelaki dan ia sudah jelas membuktikan tugas yang tersangat mulia disisi Islam.Namun,tugas wanita bukkan sekadar itu sahaja,malah Islam tidak pernah menghalang wanita dari menguasai penjuru-penjuru dan mengisi ruang dan peluang yang Allah hamparkan.
Sekarang,mari kita teropong pula status wanita mengikut agama Judaisme, Kristian dan Hindu…
Perbandingan agama berhubung perkara ini juga perlu kita dalami supaya kecantikan Islam akan terus gemerlang dan kontroversi dapat dicairkan.Menurut ajaran Judaisme,wanita keseluruhannya dikutuk oleh tuhan.Manurut Leonard j.Swidler (1976) didalam women in Judaism : The status of woman in Formative Judaism, pendita-pendita yahudi menyenaraikan 9 kutukan yang ditimpalkan tuhan kepada kaum wanita….

1)Bebanan haid
2)Bebanan pendarahan dara
3)Bebanan mengandung
4)Bebanan melahirkan anak
5)Bebanan membesarkan anak
6)Bebanan menutup kepala seperti sedang berkabung
7)Bebanan menindik telingan seperti seorang hamba
8)Penyaksian yang tidak boleh diterima
9)Bebanan menghadapi maut..

Salah satu ayat kontroversi yang terdapat dalam kitab Perjanjian Lama adalah ayat 19 dan 24 dalam bab Ecclesiasticus yang bermaksud, No wickedness comes anywhere near the wickedness of any woman…Sin began with woman and thanks to her we all must die…Ia bermaksud,’tidak ada kejelikan selain dari penciptaan wanita,,dosa bermula darinya dan kita semua menghadapi maut kerananya’… Ecclesiaticus adalah salah satu bab yang terdapat dalam kitab Bible bahagian apocrypha.Golongan Katolik Roman mengiktiraf apocrypha ini sebagai kalam tuhan.

Tambahan daripada itu,wanita yahudi jugak tidak berhak memiliki sebarang harta.Disebutkan dalam Talmud San 71a,Git 62a disebutkan ,’How can a woman have anything;whatever is hers belongs to her husband.

Dalam agama Kristian pula,Hawa dianggap punca segala kesalahan yang Adam lakukan.Justeru wanita diarahkan supaya tunduk pada lelaki.Di dalam Bible, disebutkan peranan St.Paul dalam bab 1 Timothy 2;11-14 “A woman should learn in quietness and full submission. I don’t permit a woman to teach or to have authority over a man, she must be silent. For Adam was formed first, then Eva.And Adam was not the one deceived ;it was a woman who was deceived and become a sinner..

Dosa Hawa member kesan negative kepada semua wanita.Dalam bab Genesis 3 ayat 16,disebutkan “I’ll greatly increase your pains in childbearing;with pain you will give a birth to children.Your desire will be for your husband, and he will rule for you.

Dalam konteks agam Hindu pula, status wanita juga seringkali menjadi kontroversi..Didalam kitab suci Manu Smiriti yang menjelaskan tentang undang-undang agama Hindu disebutkan , ”Never trust a woman. Never sit alone with a woman even if it may be your mother, she may tempt you. Do not sit alone with your sister she may tempt you. Never sit with your daughter, she may tempt you..” Perincian mengenai perkara ini dijelaskan secara jelas oleh Dr. Chatterjee dalam artikelnya yang bertajuk “Oh Your Hindu Awake”.

Selain dari itu, wanita Hindu yang sudah berkahwin tidak boleh memiliki sebrang harta.Dalam Manu Smiriti 7;416-417 dijelaskan.”A wife, slave and a son, these three are declared to have no property; the wealth which the earn is (acquired) for him to whom they belong”..Di dalam kitab yang sama juga ada disebutkan ,”Na stree swadanatriya marthathi,” yang bermaksud,”Tidak ada kemerdekaan bagi wanita dalam masyarakat,Apabila semua ini dibandingkan dengan Islam, keunggulan wanita dalam konteks Islam terserlah tanpa sebarang keraguan.

Sidang pembaca sekalian, sedarkah kalian bahawa dalam kita meniti kebobrokan akhlak di alam kontemporari ni, secara langsung atau tidak langsung satu fenomena baru telah melanda barat yakni semakin ramai wanita barat memeluk Islam.Perkembangan ini dihuraikan secara jelas oleh Lucy Berrington di dalam majalah The Times terbitan 9 Nov 1993 di bawah tajuk The Spread of a world creed. Beliau berkata .”semakin ramai rakyat Britain terutamanya kaum wanita memeluk Islam dan jumlah mereka dianggarkan antara 10000 dan 20000 orang.Dijangkakan dalam tempoh 20 tahun lagi, jumlah ini akan mengatasi jumlah pendatang asing yang Muslim.malah fenomena yang sama juga turut melanda Amerika.Statistik menunjukkan bahawa daripada setiap 5 orang yang memeluk Islam,4 daripadanya adalah wanita.

Di Britain antara wanita terkenal yang memeluk Islam adalah anak hakim yang terkenal, Lord Scoot.Mereka memilih Islam setelah melihat peningkatan kes-kes jenayah yang melanda masyarakat yang kian hari semakin parah dan mereka percaya hanya Islam ada penyelesaiaannya.Berdepan dengan hal ini,wanita perlu sentiasa sedar dengan kekuatan yang wujud pada agamanya supaya salah faham dan kekeliruan dapat digantikan dengan rasa bangga kepada Islam. Apabila wanita Barat sudah mula melihat Islam sebagai permata yang bernilai,adalah perkara yang aneh dan menyedihkan apabila wanita wanita Islam melihatnya sebagai kaca yang tiada nilai…Harap sidang pembaca lebih menghargai ajaran Islam yang sempurna ini dan mengamalkan secara total….



Assalamualaikum………..

Monday, February 16, 2009

Tangisan Sang Kasturi........


....Usah biarkan kaca itu berderai lagi....

....... Sang Mentari dikaki langit yang indah dan tidak pernah ingkar mahupun berpaling dari arahan PenciptaNya membuatkan diri ini terpanggil di suatu sudut meja studi yang agak sederhana saiznya untuk mengenangkan kembali sejarah semalam,sejarah yang sarat dengan episod suka duka yang telah aku lalui bersama insan yang paling aku sayangi.Sejarah yang tidak mungkin akan kembali.

Ya Allah baru kini aku sedari betapa tabahnya hati seorang insan bernama umi .Episod ketabahan susuk dan kesabaran yang tiada tolak tandingnya,ketabahan yang sentiasa menusuk dijiwaku..Masih terngiang-ngiang jauh disudut sanubari yang kecil ini bagaimana umi tanpa rasa terbeban melayan kerenah anaknya yang tersangat nakal suatu ketika dahulu…Mimpi semalam masih menjadi igauan ngeri tatkala aku kini sudah berusia 19 tahun.Usia yang aku kira sudah tiba masanya aku membalas budimu wahai permata hati kecilku ini..Umi,aku masih teringatkan episod ketika diri ini baru berusia 6 tahun,ketika itu aku boleh gelarkan tiada manusia seusia denganku yang mampu menandingi kenakalan yang Allah berikan buat diriku..Ya Allah,sungguh besar ujian yang umi terima.Pada masa itu aku ibarat raja yang memerintah hamba sahaya,apa saja keinginanku wajib umi turuti,jka tidak diriku yang masih kanak-kanak ketika itu akan memberontak..Pemberontakan yang tersangat zalim aku kira.Jika si jahanam Hitler terkenal dengan pembunuhan tanpa belas kasihan dan Holocus,aku juga terkenal dengan kezaliman yang tersendiri..Masih teringat bagaimana aku akan saja menghalau umi keluar dari rumah jika keinginanku tidak dituruti justeru umi hanya akan memasuki rumah semula pabila aku sudah tertidur dilarut malam.Ya Rahman,tidak aku terbayangkan bahawa susuk itulah yang telah menaggung derita mengandungkan aku selama 9 bulan.Tetapi inilah balasan yang aku hadiahkan.Bukan sekadar itu sahaja,malah yang lebih zalim aku kira bagaimana aku pada masa itu akan membanjirkan rumah yakni dengan melepaskan air dari kolah..Umi ibarat hamba pada aku pada masa itu.Kaca-kaca jernih yang mengalir dipipimu kau kesat dengan penuh rasa ketabahan.Tidak pernah engkau memendam rasa terhadapku walaupun kutahu engkau terkilan dengan sikap keangkuhanku.

UMI,aku tidak malu dan tanpa segan silu mengatakan kita datang dari keluarga yang susah dan serba kakurangan.Namun kesusahan itu tidak pernah membuatkan hatimu luluh resah mahupun gelisah memikirkan diriku yang sentiasa tidak kalah dengan kezalimannya..Baru kini aku mengerti kesusahan itulah yang mengajar erti kehidupan,kehidupan yang tersangat mendamaikan jiwa..Kedamaian yang sudah pasti menjadi matlamat setiap diri bergelar manusia.Umi pasti teringat lagi episode dimana ketika itu umi sudah memiliki 4 orang anak,anak-anak yang masih mentah,yang tidak mengenal erti kehidupan..Pada masa yang sama pendamping hidup dunia akhiratmu ,ayah tiada disisi lantaran menyambung pelajaran di universiti, UPM.Namun,Allah tahu kekuatan jiwamu yang tidak pernah luluh dengan ujian..Aku mengerti jiwamu selalu merintih pada Sang Khaliq dimalam hari pabila mengenangkan keadaan kita pada masa itu.Umi lah yang terpaksa menguruskan anak-anak untuk bersekolah dan menanggung sakit lelah kami berempat .Kutahu jiwamu sebenarnya tersangat berat mengizikkan dan merelakan ayah menyambung pelajaran pada masa itu.Namun,demi sesuap nasi engkau merelakan pemergian ayah juga.Ketabahan umi sangat teruji pada masa itu pabila umi gugur sebanyak 2 kali angkara terlalu banyak menanggung beban.Ya Allah beratnya ujinmu buat permata hatiku.


******************

UMI,sejuta kemaafan aku pohonkan atas kejahilanku..Seribu satu palitan hitam telah aku conteng dihatimu yang suci,namun engkau tidak pernah mengendahkannya. Malah engkau terima ia sepenuh jiwamu sebagai ujian Allah buat hambanya yang beriman.
Menjangkau usiaku 7 tahun kita berpindah ke Kuala Lumpur,kutahu tujuannya hanya satu pada masa itu,tujuan yang sangat mulia yang tiada tara.Pada masa itu ayah hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM400 sebulan,sekadar cukup untuk menampung yuran pengajian dan buku-buku ayah saja.Namun dirimu tidak pernah meminta untuk dibelikan sesuatu yang kau tahu ayah tidak dapat tunaikan malah pada masa itu engkau yang menjadi penyumbang terbesar pada keluarga kita.Engkau sanggup mengambil upah mengasuh anak-anak jiran kita pada masa itu.Aku masih teringat umi sanggup mengasuh 7 org budak di rumah kita.Kesemuanya sudah besar sekarang ini,Adib,Afiq,Aufa,Hakim dan 3 org yang lain.Dengan pendapatan umi sebanyak RM700 itulah kita sekeluarga menjalani kehidupan.Segala perbelanjaan kami, umi yang tanggung,keperluan dapur juga adalah hasil tulang 4 keratmu.Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang,hanya cukup untuk keperluan asas saja kehidupan kita saja pada masa itu.Namun jauh disudut hati umi kutahu engkau bukanlah seorang yang suka meminta minta,engkau juga bukan seorang hamba yang tunduk pada harta duniawi,engkau juga bukanlah meterialistik.Tersangat aku kagumi jiwamu Umi.Susuk yang mengajar aku mengenali kehidupan yang hakiki.
Umi, pengorbananmu dan titik peluhmu bukanlah suatu yang sia-sia,buktinya sudah terang dan nyata bagaimana ayah beberapa kali memperoleh penganugerahan antara pelajar yang terbaik di fakultinya,bagaimana ayah mendapat 4.0 dalam pelajarannya.Aku yakin itulah hadiah terbaik yang ayah dapat berikan padamu pada masa itu.



**************


Terik si mentari ibarat bebola merah yang teramat garang dilangit dan tanpa secalit kelibat awan tidak membataskan pergerakan pelajar-pelajar di kampus.Masing-masing tidak mengendahkan kehangatan yang terpaksa dirasa gara-gara bertarung dengan masa yang hanyasaja mencemburui jiwa-jiwa yang kental menuntuk redha dan ilmu-ilmu Allah di kulliyah masing-masing. Kelibat manusia kesana sini dapat aku perhatikan dari suatu sudut kulliyyah aku.Tempat aku meneroka ilmu-ilmu Allah...Ya,kini aku sudah bergelar seorang mahasiswa di sebuah universiti kebanggaan dunia.Tempat pengajian yang tersangat mulia kukira,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Keberadaan aku disini pun tidak lain dan tidak bukan segalanya adalah berpunca dari hasil titik peluh dan hasil didikan yang umi ayah curahkan.Dua jiwa yang tidak mengenal istilah putus asa,jiwa yang mahukan yang terbaik buat anak-anak.
Aku sentiasa terngiang-ngiang barisan kalam azimat yang seringkali engkau tutur dan lontarkan tanpa rasa jemu buat anakmu ini..

‘Umi nak anak-anak umi menjadi anak dan hamba yang baik kat mana saja kita berada,barulah Allah akan tolong kita dalam apa jua keadaan sekalipun ‘..


Budimu takternilai,kasihmu tiada tara

Kalam yang sentiasa menjadi pembakar diri pencetus motivasi tatkala jiwa ini terasa lemah menghadapi ujian Ilahi yang mendatang dari pelbagai arah yang tidak diduga.Kalam yang membawa aku ke landasan sebenar tatkala aku terleka dengan mainan dunia. Umi,anakmu ini akan berubah secara revolusi,perubahan secara total yang membawa kepada kebahagiaan hakiki.Akanku balas segala penat lelahmu siang dan malam sejak sekian lama dahulu lagi.Umi,anakmu ini akan terus mencipta kejayaan sebagaimana yang engkau impikan.Akan kuturuti segala nasihatmu,tak akan aku biarkan lagi kaca-kaca jernih mengalir dipimu angkara kejahilanku kerna aku takut beserta khuatir ianya akan menjadi penghalang aku menuruti jejak penghuni jannah Ilahi..Umi akan kudoakan moga dirimu sebaris bersama Aisyah yang tidak pernah luntur jiwanya mahupun Khadijah yang tidak pernah luluh pengorbanannya terhadap Islam.

Umi,walaupun pelbagai anugerah dan pengiktifan telah aku terima sepanjang usiaku ini,namun jauh sekali akau rasakan bahawa aku telah membalas segala budi baikmu terhadapku selama ini.Ya, engkau tahu aku pernah menjadi tokoh kepimpinan pelajar peringkat kebangsaan, penerima anugerah emas pengarah pelajaran Kedah,pelajar bestari sekolah hatta aku juga pernah menjadi tokoh sukan sekolah,tapi sudah pasti segalanya tidak akan sesekali membuatkan hati kecilku ini merasa cukup untuk membalas segala pengorbanan yang tiada tara engkau curahkan..

Umi,berkat dirimu yang mulia aku kini berada di menara gading, akan aku buktikan padamu umi bahawa perjuanganku ini adalah sebahagian dari kehidupan,berlanjutan bersama denyutan nadi, bersambung bersama dengupan jantung dan hanya akan berhujung dengan hembusan nafas terakhir.Kukirimkan selaksa doa buatmu moga dirimu sentiasa dibawah naungan ArashNya.



Umi,tidak akan aku biarkan kaca itu berderai lagi…..




Pemandangan dari rumah penulis