Ahlan

Monday, February 23, 2009

Benarkah perempuan berfikiran ‘DANGKAL,LEMBAB DAN SASAU???







Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat bertemu semula kepada sidang pembaca sekalian..Sudah agak lama kiranya saya tidak mengeluarkan perkongsian,informasi terkini dalam sedikit usaha dakwah yang saya kira amat bersesuaian bilamana kita sedang berada didalam era globalisasi ni yang seringsaja mencengkam mereka yang terleka dan alpa dengan mainan duniawi..
Berbalik kepada tajuk kita kali ni,saya kira sudah pasti jika si pembaca seorang insan dari kaum Hawa sudah pasti kalian amat tidak bersetuju dengan saya.Sebenarnya,jari jemari kecil saya terpanggil untuk mengupas mengenai isu ini tatkala saya telah beberapa kali diajukan mengenai status wanita dalam Islam dan status wanita mengikut ajaran agama lain.Adakah mudah untuk kita simpulkan kaum wanita ini golongan mereka yang DANGKAL,LEMBAB dan SASAU.?

Mungkin ya mungkin tidak..

Ya,memang tidak dinafikan wanita memiliki akal yang agak sedikit lemah berbanding lelaki.Seperti kita sedia ma’lum Allah mengurniakan anak Adam dengan 9 akal dan wanita hanya 1 akal,tetapi dalam masa yang sama Allah mengurniakan wanita 9 nafsu berbanding 1 nafsu untuk lelaki.Terkadang lidah kita sering saja mengeluarkan skrip yang menyalahkan kaum Hawa ini… ‘ahh ni suma salah perempuan la’;….itu la’ini la’…’emo tak tentu pasal,mengada ngada, dan seumpamanya’…..Saya menyangkal pendapat secara total yang mengatakan status wanita adalah tersangat rendah berbanding lelaki.

Hal ini adalah kerana ajaran kita (Islam) sudah terang lagi bersuluh menyanjung tinggi status wanita dan peranan mereka di dalam agama kita.Perkara ini bertepatan sebagaimana yang Allah nukilkan didalam Al-Quran yang berbunyi

Maka Allah mempekenankan permohonan mereka,’sesungguhnya Aku tidak akan mempersikan amalan orang yang beramal antara kamu baik lelaki mahupun perempuan kerana sebahagian kamu adalah keturunan dari sebahagian yang lain’ {Ali-Imran-42}
Allah juga memuliakan Asiah si isteri Firaun laknatullah kerana ketaqwaannya dan pada masa yang sama mengutuk Firaun, seorang lelaki kerana kakufurannya.Dalilnya sudah jelas sebagaimana Allah mengatakan dalam surah {At-Tahrim ayat 11}

‘Wahai tuhanku,jadikanlah bagiku sebuah rumah disisiMu dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim’
Justeru, pendapat yang mengatakan Islam menghina dan mengotak-ngatikkan wanita adalah tanggapan yang tidak benar sama sekali..Cuba kita perhatikan peranan wanita pada zaman Rasulullah,Khalifah yang 4 dan zaman kegemilangan Islam,wanita diangkat dan disanjung setinggi-tingginya.Contohnya :

1)Semasa berlaku perjanjian Hudaibiah,baginda mengarahkan para sahabat mencukur rambut dan menyembelih haiwan ternakan sebelum kembali ke Madinah.Lantaran terlalu sedih memikirkan nasib mereka yang tidak dapat melaksanakan ibadah Haji pada tahun tersebut,tidak ada seorang pun dikalangan mereka yang melakukan ibadah tersebut.Melihatkan keadaan itu,Ummu Salamah menasihati Rasulullah supaya melakukan ibadah tersebut terlebih dahulu kerana beliau yakin selepas baginda melakukannya nescaya para sahabat akan menurutinya pulak.Nabi Muhammad menuruti nasihat Ummu Salamah dan membenarkan pandangan isterinya.Apabila kita mengamati insiden ini dapat kita simpulkan bahawa Ummu Salamah tidak lari daripada seorang penasihat kepada pemimpin Negara.

2)Al-Quran adalah wahyu Allah.PAda zaman nabi,Al-Quran dihafaz dan diamalkan oleh sekumpulan sahabat.Pada zaman khalifah Abu Bakar,tulisan-tulisan Al-Quran dihimpunkan dan disimpan oleh beliau. Selepas kematian khalifah Abu Bakar,khalifah Umar menyimpannya dan selepas kematiannya himpunan ini diserahkan kepada Ummul Mukminin,Hafsah sebelum beliau menyerahkan himpunan tersebut kepada khalifah Uthman untuk ditulis semula dan dibukukan.Kejadian ini secara jelas menunjukkan kemuliaan wanita Islam serta kepercayaan Islam pada wanitanya kerana Hafsah diberikan kepercayaan supaya menyimpan sumber utama dalam Islam itu sendiri.

3)Selain dari contoh yang telah saya berikan di atas,disini saya juga saya ingin menekankan bahawa wanita juga boleh mengeluarkan fatwa.Hal ini berkaitan bagaimana peranan Aisyah berkaitan hal ini.Beliau bukan sahaja dapat mengeluarkan fatwa,malah beliau juga mampu membetulkan fatwa yang dikeluarkan sahabat-sahabat nabi yang lain.
Semua ini adalah dalil-dalil yang kukuh mengangkat darjat wanita dalam Islam dan jelas sekali mereka mempunyai peranan yang tinggi alam pembangunan masyarakat sejagat.Walau bagaimanapun, tugas utama wanita sebagai isteri dan ibu yang bakal melahirkan zuriat pewaris zaman yang tidak dapat diambil oleh kaum lelaki dan ia sudah jelas membuktikan tugas yang tersangat mulia disisi Islam.Namun,tugas wanita bukkan sekadar itu sahaja,malah Islam tidak pernah menghalang wanita dari menguasai penjuru-penjuru dan mengisi ruang dan peluang yang Allah hamparkan.
Sekarang,mari kita teropong pula status wanita mengikut agama Judaisme, Kristian dan Hindu…
Perbandingan agama berhubung perkara ini juga perlu kita dalami supaya kecantikan Islam akan terus gemerlang dan kontroversi dapat dicairkan.Menurut ajaran Judaisme,wanita keseluruhannya dikutuk oleh tuhan.Manurut Leonard j.Swidler (1976) didalam women in Judaism : The status of woman in Formative Judaism, pendita-pendita yahudi menyenaraikan 9 kutukan yang ditimpalkan tuhan kepada kaum wanita….

1)Bebanan haid
2)Bebanan pendarahan dara
3)Bebanan mengandung
4)Bebanan melahirkan anak
5)Bebanan membesarkan anak
6)Bebanan menutup kepala seperti sedang berkabung
7)Bebanan menindik telingan seperti seorang hamba
8)Penyaksian yang tidak boleh diterima
9)Bebanan menghadapi maut..

Salah satu ayat kontroversi yang terdapat dalam kitab Perjanjian Lama adalah ayat 19 dan 24 dalam bab Ecclesiasticus yang bermaksud, No wickedness comes anywhere near the wickedness of any woman…Sin began with woman and thanks to her we all must die…Ia bermaksud,’tidak ada kejelikan selain dari penciptaan wanita,,dosa bermula darinya dan kita semua menghadapi maut kerananya’… Ecclesiaticus adalah salah satu bab yang terdapat dalam kitab Bible bahagian apocrypha.Golongan Katolik Roman mengiktiraf apocrypha ini sebagai kalam tuhan.

Tambahan daripada itu,wanita yahudi jugak tidak berhak memiliki sebarang harta.Disebutkan dalam Talmud San 71a,Git 62a disebutkan ,’How can a woman have anything;whatever is hers belongs to her husband.

Dalam agama Kristian pula,Hawa dianggap punca segala kesalahan yang Adam lakukan.Justeru wanita diarahkan supaya tunduk pada lelaki.Di dalam Bible, disebutkan peranan St.Paul dalam bab 1 Timothy 2;11-14 “A woman should learn in quietness and full submission. I don’t permit a woman to teach or to have authority over a man, she must be silent. For Adam was formed first, then Eva.And Adam was not the one deceived ;it was a woman who was deceived and become a sinner..

Dosa Hawa member kesan negative kepada semua wanita.Dalam bab Genesis 3 ayat 16,disebutkan “I’ll greatly increase your pains in childbearing;with pain you will give a birth to children.Your desire will be for your husband, and he will rule for you.

Dalam konteks agam Hindu pula, status wanita juga seringkali menjadi kontroversi..Didalam kitab suci Manu Smiriti yang menjelaskan tentang undang-undang agama Hindu disebutkan , ”Never trust a woman. Never sit alone with a woman even if it may be your mother, she may tempt you. Do not sit alone with your sister she may tempt you. Never sit with your daughter, she may tempt you..” Perincian mengenai perkara ini dijelaskan secara jelas oleh Dr. Chatterjee dalam artikelnya yang bertajuk “Oh Your Hindu Awake”.

Selain dari itu, wanita Hindu yang sudah berkahwin tidak boleh memiliki sebrang harta.Dalam Manu Smiriti 7;416-417 dijelaskan.A wife, slave and a son, these three are declared to have no property; the wealth which the earn is (acquired) for him to whom they belong”..Di dalam kitab yang sama juga ada disebutkan ,”Na stree swadanatriya marthathi,” yang bermaksud,”Tidak ada kemerdekaan bagi wanita dalam masyarakat,Apabila semua ini dibandingkan dengan Islam, keunggulan wanita dalam konteks Islam terserlah tanpa sebarang keraguan.

Sidang pembaca sekalian, sedarkah kalian bahawa dalam kita meniti kebobrokan akhlak di alam kontemporari ni, secara langsung atau tidak langsung satu fenomena baru telah melanda barat yakni semakin ramai wanita barat memeluk Islam.Perkembangan ini dihuraikan secara jelas oleh Lucy Berrington di dalam majalah The Times terbitan 9 Nov 1993 di bawah tajuk The Spread of a world creed. Beliau berkata .”semakin ramai rakyat Britain terutamanya kaum wanita memeluk Islam dan jumlah mereka dianggarkan antara 10000 dan 20000 orang.Dijangkakan dalam tempoh 20 tahun lagi, jumlah ini akan mengatasi jumlah pendatang asing yang Muslim.malah fenomena yang sama juga turut melanda Amerika.Statistik menunjukkan bahawa daripada setiap 5 orang yang memeluk Islam,4 daripadanya adalah wanita.

Di Britain antara wanita terkenal yang memeluk Islam adalah anak hakim yang terkenal, Lord Scoot.Mereka memilih Islam setelah melihat peningkatan kes-kes jenayah yang melanda masyarakat yang kian hari semakin parah dan mereka percaya hanya Islam ada penyelesaiaannya.Berdepan dengan hal ini,wanita perlu sentiasa sedar dengan kekuatan yang wujud pada agamanya supaya salah faham dan kekeliruan dapat digantikan dengan rasa bangga kepada Islam. Apabila wanita Barat sudah mula melihat Islam sebagai permata yang bernilai,adalah perkara yang aneh dan menyedihkan apabila wanita wanita Islam melihatnya sebagai kaca yang tiada nilai…Harap sidang pembaca lebih menghargai ajaran Islam yang sempurna ini dan mengamalkan secara total….



Assalamualaikum………..

Monday, February 16, 2009

Tangisan Sang Kasturi........


....Usah biarkan kaca itu berderai lagi....

....... Sang Mentari dikaki langit yang indah dan tidak pernah ingkar mahupun berpaling dari arahan PenciptaNya membuatkan diri ini terpanggil di suatu sudut meja studi yang agak sederhana saiznya untuk mengenangkan kembali sejarah semalam,sejarah yang sarat dengan episod suka duka yang telah aku lalui bersama insan yang paling aku sayangi.Sejarah yang tidak mungkin akan kembali.

Ya Allah baru kini aku sedari betapa tabahnya hati seorang insan bernama umi .Episod ketabahan susuk dan kesabaran yang tiada tolak tandingnya,ketabahan yang sentiasa menusuk dijiwaku..Masih terngiang-ngiang jauh disudut sanubari yang kecil ini bagaimana umi tanpa rasa terbeban melayan kerenah anaknya yang tersangat nakal suatu ketika dahulu…Mimpi semalam masih menjadi igauan ngeri tatkala aku kini sudah berusia 19 tahun.Usia yang aku kira sudah tiba masanya aku membalas budimu wahai permata hati kecilku ini..Umi,aku masih teringatkan episod ketika diri ini baru berusia 6 tahun,ketika itu aku boleh gelarkan tiada manusia seusia denganku yang mampu menandingi kenakalan yang Allah berikan buat diriku..Ya Allah,sungguh besar ujian yang umi terima.Pada masa itu aku ibarat raja yang memerintah hamba sahaya,apa saja keinginanku wajib umi turuti,jka tidak diriku yang masih kanak-kanak ketika itu akan memberontak..Pemberontakan yang tersangat zalim aku kira.Jika si jahanam Hitler terkenal dengan pembunuhan tanpa belas kasihan dan Holocus,aku juga terkenal dengan kezaliman yang tersendiri..Masih teringat bagaimana aku akan saja menghalau umi keluar dari rumah jika keinginanku tidak dituruti justeru umi hanya akan memasuki rumah semula pabila aku sudah tertidur dilarut malam.Ya Rahman,tidak aku terbayangkan bahawa susuk itulah yang telah menaggung derita mengandungkan aku selama 9 bulan.Tetapi inilah balasan yang aku hadiahkan.Bukan sekadar itu sahaja,malah yang lebih zalim aku kira bagaimana aku pada masa itu akan membanjirkan rumah yakni dengan melepaskan air dari kolah..Umi ibarat hamba pada aku pada masa itu.Kaca-kaca jernih yang mengalir dipipimu kau kesat dengan penuh rasa ketabahan.Tidak pernah engkau memendam rasa terhadapku walaupun kutahu engkau terkilan dengan sikap keangkuhanku.

UMI,aku tidak malu dan tanpa segan silu mengatakan kita datang dari keluarga yang susah dan serba kakurangan.Namun kesusahan itu tidak pernah membuatkan hatimu luluh resah mahupun gelisah memikirkan diriku yang sentiasa tidak kalah dengan kezalimannya..Baru kini aku mengerti kesusahan itulah yang mengajar erti kehidupan,kehidupan yang tersangat mendamaikan jiwa..Kedamaian yang sudah pasti menjadi matlamat setiap diri bergelar manusia.Umi pasti teringat lagi episode dimana ketika itu umi sudah memiliki 4 orang anak,anak-anak yang masih mentah,yang tidak mengenal erti kehidupan..Pada masa yang sama pendamping hidup dunia akhiratmu ,ayah tiada disisi lantaran menyambung pelajaran di universiti, UPM.Namun,Allah tahu kekuatan jiwamu yang tidak pernah luluh dengan ujian..Aku mengerti jiwamu selalu merintih pada Sang Khaliq dimalam hari pabila mengenangkan keadaan kita pada masa itu.Umi lah yang terpaksa menguruskan anak-anak untuk bersekolah dan menanggung sakit lelah kami berempat .Kutahu jiwamu sebenarnya tersangat berat mengizikkan dan merelakan ayah menyambung pelajaran pada masa itu.Namun,demi sesuap nasi engkau merelakan pemergian ayah juga.Ketabahan umi sangat teruji pada masa itu pabila umi gugur sebanyak 2 kali angkara terlalu banyak menanggung beban.Ya Allah beratnya ujinmu buat permata hatiku.


******************

UMI,sejuta kemaafan aku pohonkan atas kejahilanku..Seribu satu palitan hitam telah aku conteng dihatimu yang suci,namun engkau tidak pernah mengendahkannya. Malah engkau terima ia sepenuh jiwamu sebagai ujian Allah buat hambanya yang beriman.
Menjangkau usiaku 7 tahun kita berpindah ke Kuala Lumpur,kutahu tujuannya hanya satu pada masa itu,tujuan yang sangat mulia yang tiada tara.Pada masa itu ayah hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM400 sebulan,sekadar cukup untuk menampung yuran pengajian dan buku-buku ayah saja.Namun dirimu tidak pernah meminta untuk dibelikan sesuatu yang kau tahu ayah tidak dapat tunaikan malah pada masa itu engkau yang menjadi penyumbang terbesar pada keluarga kita.Engkau sanggup mengambil upah mengasuh anak-anak jiran kita pada masa itu.Aku masih teringat umi sanggup mengasuh 7 org budak di rumah kita.Kesemuanya sudah besar sekarang ini,Adib,Afiq,Aufa,Hakim dan 3 org yang lain.Dengan pendapatan umi sebanyak RM700 itulah kita sekeluarga menjalani kehidupan.Segala perbelanjaan kami, umi yang tanggung,keperluan dapur juga adalah hasil tulang 4 keratmu.Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang,hanya cukup untuk keperluan asas saja kehidupan kita saja pada masa itu.Namun jauh disudut hati umi kutahu engkau bukanlah seorang yang suka meminta minta,engkau juga bukan seorang hamba yang tunduk pada harta duniawi,engkau juga bukanlah meterialistik.Tersangat aku kagumi jiwamu Umi.Susuk yang mengajar aku mengenali kehidupan yang hakiki.
Umi, pengorbananmu dan titik peluhmu bukanlah suatu yang sia-sia,buktinya sudah terang dan nyata bagaimana ayah beberapa kali memperoleh penganugerahan antara pelajar yang terbaik di fakultinya,bagaimana ayah mendapat 4.0 dalam pelajarannya.Aku yakin itulah hadiah terbaik yang ayah dapat berikan padamu pada masa itu.



**************


Terik si mentari ibarat bebola merah yang teramat garang dilangit dan tanpa secalit kelibat awan tidak membataskan pergerakan pelajar-pelajar di kampus.Masing-masing tidak mengendahkan kehangatan yang terpaksa dirasa gara-gara bertarung dengan masa yang hanyasaja mencemburui jiwa-jiwa yang kental menuntuk redha dan ilmu-ilmu Allah di kulliyah masing-masing. Kelibat manusia kesana sini dapat aku perhatikan dari suatu sudut kulliyyah aku.Tempat aku meneroka ilmu-ilmu Allah...Ya,kini aku sudah bergelar seorang mahasiswa di sebuah universiti kebanggaan dunia.Tempat pengajian yang tersangat mulia kukira,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Keberadaan aku disini pun tidak lain dan tidak bukan segalanya adalah berpunca dari hasil titik peluh dan hasil didikan yang umi ayah curahkan.Dua jiwa yang tidak mengenal istilah putus asa,jiwa yang mahukan yang terbaik buat anak-anak.
Aku sentiasa terngiang-ngiang barisan kalam azimat yang seringkali engkau tutur dan lontarkan tanpa rasa jemu buat anakmu ini..

‘Umi nak anak-anak umi menjadi anak dan hamba yang baik kat mana saja kita berada,barulah Allah akan tolong kita dalam apa jua keadaan sekalipun ‘..


Budimu takternilai,kasihmu tiada tara

Kalam yang sentiasa menjadi pembakar diri pencetus motivasi tatkala jiwa ini terasa lemah menghadapi ujian Ilahi yang mendatang dari pelbagai arah yang tidak diduga.Kalam yang membawa aku ke landasan sebenar tatkala aku terleka dengan mainan dunia. Umi,anakmu ini akan berubah secara revolusi,perubahan secara total yang membawa kepada kebahagiaan hakiki.Akanku balas segala penat lelahmu siang dan malam sejak sekian lama dahulu lagi.Umi,anakmu ini akan terus mencipta kejayaan sebagaimana yang engkau impikan.Akan kuturuti segala nasihatmu,tak akan aku biarkan lagi kaca-kaca jernih mengalir dipimu angkara kejahilanku kerna aku takut beserta khuatir ianya akan menjadi penghalang aku menuruti jejak penghuni jannah Ilahi..Umi akan kudoakan moga dirimu sebaris bersama Aisyah yang tidak pernah luntur jiwanya mahupun Khadijah yang tidak pernah luluh pengorbanannya terhadap Islam.

Umi,walaupun pelbagai anugerah dan pengiktifan telah aku terima sepanjang usiaku ini,namun jauh sekali akau rasakan bahawa aku telah membalas segala budi baikmu terhadapku selama ini.Ya, engkau tahu aku pernah menjadi tokoh kepimpinan pelajar peringkat kebangsaan, penerima anugerah emas pengarah pelajaran Kedah,pelajar bestari sekolah hatta aku juga pernah menjadi tokoh sukan sekolah,tapi sudah pasti segalanya tidak akan sesekali membuatkan hati kecilku ini merasa cukup untuk membalas segala pengorbanan yang tiada tara engkau curahkan..

Umi,berkat dirimu yang mulia aku kini berada di menara gading, akan aku buktikan padamu umi bahawa perjuanganku ini adalah sebahagian dari kehidupan,berlanjutan bersama denyutan nadi, bersambung bersama dengupan jantung dan hanya akan berhujung dengan hembusan nafas terakhir.Kukirimkan selaksa doa buatmu moga dirimu sentiasa dibawah naungan ArashNya.



Umi,tidak akan aku biarkan kaca itu berderai lagi…..




Pemandangan dari rumah penulis

Thursday, February 12, 2009

Indahnya Ajaran Bernama Islam <''><..>




Assalamualaikum w.b.t…saya doakan moga sidang pembaca sehat2 blaka la ya..Bagaimana dgn amalan,iman kita hari ni?Adakah lbh baik dr semalam @ sebaliknya?..kalo baek dr semalam Alhamdulillah, kalo sebaliknya be ware la yer,setup blk mana yg x kena..ma’lum la yazid wa yankus..tp jgn biar menurun je tau.Shbt2 igt x junjungan mulia kita pernah berpesan ‘barangsiapa yg hari ini lbh buruk dr semalam maka celakalah ia’…hati2 tau..

Bahagia kan bila kita ni dipilih Allah memeluk agama Islam yg hanya saja agama yg Allah terima hingga akhirat..Shbt ana ni sedar x,suma agama mengajar kita kpd kebaikan,tapi kan napa seseorang itu hanya perlu memeluk agama Islam??x boleh ka kalo nak peluk agama lain?? Mai kita kongsi ckt ya..

Ya,saya x menafikan semua agama menyeru pengikutnya kearah kebaikan dan menjauhkan kejahatan.Contohnya,sorang sami Buddha tgk sekor lembu kena hujan,sudah pasti tanpa teragak-agak dia akan bawa lembu tu ke tempat berteduh coz diorang pecaya lembu bole bagi rahmat tapi kalau kita pula bwh perut lembu la kita nak berteduh bila hujan kan <’..’>Tetapi agama Islam lbh dari itu sebenarnya,ia mengajar kita kearah yg lbh praktikal utk memperoleh kebaikan dan menghapuskan kejahatan drpd kehidupan individu mahupun masyarakat.Islam mengambil kira fitrah manusia,petunjuk dari Yang Maha Pencipta.Maka that’s why Islam dipanggil Dinul Fitrah..Mai kita tgk contoh yg saya nak bawakan ni..!!!

A)Islam memerintahkan umatnya agar menghindari kegiatan merompak,merogol & juga menganjurkan cara untuk menghapuskan kegiatan tersebut…cara nak atasi-------

1.Dalam Islam kan kita ada zakat,ala x byk pun la,nisabnya pula just 2.5%,itu pun x semua org wajib keluarkan,just kpd org2 yg wang simpanannya melebihi tahap nisab iaitu 85gram emas aja..Bayangkan kalau suma org kuarkan zakat dgn ikhlas saya yakin kita semua xkan terhimpit lagi dengan kekangan ekonomi..Mcm x percaya kan,tapi buktinya dah ada tau..Time Zmn Khalifah Umar & Khalifah Umah Abd Aziz baitul mal dah jd xtahu kpd sapa lg harta zakat perlu diagihkan coz hampir semua org Islam time tu dah hidup dalam keadaan serba mudah..Cantik kan Islam kita ni

2)Memotong tgn kpd si pencuri-Alquran kata dlm surah Al-Maaidah [5:38]

“Laki-laki yg mencuri dan perempuan yg mencuri ,potonglah tgn keduanya sbg pembalasan bagi apa yg mereka telah kerjakan dan sbg siksaan dari Allah.Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

3)Hasil tercapai pabila syariat Islam ditegakkan..

As we already know,Amerika la Negara plg maju ats muka bumi Allah nih..tapi yg hairannya kedar jenayah kat Negara tu juga tinggi..Polis,Fru SPR x buat kerja ke???gaji buta tu syeikh..jom teropong sikit :::..kalaula yg mencuri dipotong tgn,sudah pasti ‘bakal2 pencuri@perompak’ jugak akan jadi cuak nak buat menda yg sama..logik kan Islam ni..Sebab itu la saya tekankan tadi bahawa ajaran Islam ni praktikal dan membuahkan hasil..bukan omongan tanpa misi aja..Ok apa kata kitaamik contoh lain pula,kita kaji sikit tntg kadar jenayah ‘rogol ’ @bahasa bakunya mencabuli hak wanita tanpa izin..

Sahabat2 tahu x,laporan F.B.I kat Amerika tahun 1990 melaporkan 102,555 kes rogol dilaporkan.Ia seterusnya menyatakan jumlah tersebut just 16% dari jumlah yg sebenar.Kalau kita bt kira2 kan,bilangan tersebut kita cuba darabkan dgn 6.25,so kita akn dapati sebanyak 640,968 kes rogol dah berlaku..Average nya lbh krg 1756 kes rogol berlaku dalam sehari..HANCUR!!!!! Ini utk thn 1990,kalo 1996 lagi dahshat tau,kes yg dilaporkan 307,000 x 3.226 = 990,322 kes berlaku…mudah kata setiap 32 saat saja sorang wanita yg x tahu menahu dirogol…Allahuakbar..beraninya sang perosak masyarakat nih.Jom teropong dlm m’sia pulak.Mengikut report yg dikeluarkan pada tahun akhir2 ni saja tiap2 40mnt seorang anak luar nikah dilahirkan ats bumi M’sia nih..ayoo karut+kacau ni..

Nilah akibatnya pabila pemerintah,hatta kita sendiri x mengamalkan apa yg baginda dh bawa n pabila kita xmenganjurkan apa yg Allah dah sebut dlm Al-Quran yg mulia tu..Allah dh suruh kita tutup aurat kan dlm surah [An-nur 24:30] & [An-nur 24:31]..



Certain2 puak2 kafir ni kata ajaran Islam ni extreme sgt,smpai nak kena hukum bunuh pulak sapa yg kaki rogol ni..Ok,saya bagi analogi yg mudah,katakanlah seseorang yg bertopengkan binatang dah merogol ibu@kakak@adk perempuan anda,apa tndakan yg paling sesuai anda fikirkan????sudah pasti anda mahu si perosak tu dihapuskan dari muka bumi ni kan…HAAA jadi sama la bila ibu@kakak@adk org lain dirogol..Diorang pun rasa perasaan yg sama anda rasai jugak…jadi ,Renung-renungkan dan selamat beramal...Last sekali saya nak sebutkan disini kita wajib yakin dan percaya ajaran dlm Islam bukanlah menerapkan teori dgn ketat tanpa menghiraukan masalah amali,tetapi merupakan penyelesaian manusia sejagat.Ajaran Islam adalah praktikal,universal dan bukan terkongkong kpd mana-mana kumpulan etnik mahupun bangsa..Akhir kalam

Barakallahufikum…

3.42 AM

Wednesday, February 11, 2009

HAK Rakyat HAK Bersama......




Assalamualaikum...
Hangat tersangat hangat...Apa lagi taktik kotor tidak bermaruah mereka akan gunakan....UMNO UMNO,zaman pemerintahanmu diambang kehancuran....TIDAK seperti di Permatang Pauh yang kecoh dengan isu liwat, suasana di Kuala Terengganu lebih geger? dengan isu hudud dan pemberian hak milik tanah kepada orang bukan Melayu oleh Kerajaan Perak.


Saya tertarik dengan kenyataan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa bahawa melaksanakan hudud adalah agenda perjuangan PAS yang dibesar-besar oleh media untuk menakutkan pengundi bukan Islam di bandar raya warisan pesisir air itu.
Di kalangan pengundi Melayu pula, mereka digemparkan dengan tindakan Kerajaan Perak yang dipimpin PAS memberikan hak milik tanah kepada orang-orang Cina yang dianggap merugikan orang Melayu. Jujurnya,saya tidak nampak apa relevannya isu-isu perkauman seperti ini terus dibangkitkan sedangkan dalam masa yang sama kita bercakap tentang kontrak sosial yang mengiktiraf bangsa bukan Melayu sebagai warga negara. Memang menjadi selera politik Umno semenjak zaman pramerdeka lagi untuk menajamkan isu-isu perkauman supaya Umno terus relevan. Mereka membangkitkan isu-isu kepentingan Melayu dan mengangkat keris apabila berhadapan dengan pengundi Melayu, kemudian membesarkan isu-isu agama apabila menemui pengundi bukan Melayu. Inilah kejahatan politik Umno yang sudah ditolak oleh rakyat!!!!Rakyat sudah bijak wahai si UMNO..
Umno mungkin berterima kasih kepada Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak apabila baginda membangkitkan isu 'kampung baru' ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga baru-baru ini. Memang satu realiti bahawa Raja-raja Melayu tidak senang dengan Rancangan Briggs yang membuka kampung-kampung baru untuk menempatkan orang-orang Cina yang tinggal di pinggir hutan. Tujuannya untuk mengelakkan orang Cina dipengaruhi komunis.
Tetapi Raja-raja Melayu melihatnya dari aspek hak tanah orang Melayu yang terjejas kerana dasar ini dilaksanakan oleh Hendry Gurney, Setiausaha Negara British di Palestin. Raja-raja Melayu takut negara ini menjadi seperti Palestin jika bangsa asing diberikan hak ke atas tanah.
Isu ini bukan hanya isu Raja-raja Melayu, tetapi isu parti-parti Melayu ketika itu juga. Malangnya, ketika orang-orang Melayu mempertahankan hak ketuanan Melayu di negara ini sebelum merdeka dahulu, siapakah yang mendesak hak sama rata diberikan kepada orang bukan Melayu? Bukankah Umno dahulu bermati-matian mahu orang bukan Melayu diterima kerakyatan mereka secara jus soli?
Dato' Onn Jaafar pernah meletakkan jawatan dalam Umno apabila ada ahli Umno menolak dasar jus soli ini dan akhirnya beliau keluar Umno apabila cadangannya untuk membuka keahlian Umno kepada orang bukan Melayu ditolak. Kemudian, dalam National Convention yang dipimpin oleh Umno pada 1954, cadangan PAS tentang kerakyatan dan hak mengundi untuk orang bukan Melayu telah ditolak kerana Umno mahu orang-orang bukan Melayu diterima sebagai rakyat negara ini.
Suasana politik pada masa itu dalam semangat kebangsaan telah membentuk kesedaran orang Melayu ke atas hak ketuanan mereka. Parti-parti kiri berjuang terus supaya hak ini dibela, tetapi dinodai oleh Umno. Raja-raja Melayu sendiri tidak berpuas hati dengan pendekatan Umno ketika itu sehingga Umno bermasalah dengan beberapa istana. Tetapi segalanya telah selesai apabila kita menerima orang bukan Melayu sebagai rakyat negara ini secara sah melalui Perlembagaan 1957.
Ini adalah 'kontrak sosial' yang memberikan kedudukan sama taraf antara orang Melayu dan bukan Melayu, walaupun dalam hal tertentu orang Melayu diberikan hak keistimewaan. Inilah realiti yang mesti dan terpaksa kita terima hari ini. Kerana Umno telah menyerahkan hak ini, maka kita perlu melayani rakyat bukan Melayu sewajarnya.
Memang senang untuk kita mempersoalkan tentang kewajaran Kerajaan Perak memberikan hak milik kekal kepada penduduk Kampung Baru di Perak yang tidak berbangsa Melayu. Soalnya, mereka adalah rakyat negara ini dan mereka berhak. Ia bukan tanah baru yang dibuka untuk mereka, tetapi tanah yang didiami berpuluh tahun sejak Rancangan Briggs diperkenalkan.
Apakah kerana mereka berbangsa Cina, maka kita merasakan orang Melayu terancam. Mengapa Umno tidak berfikiran demikian 50 tahun dahulu ketika semua orang Melayu berfikir begitu. 50 tahun dahulu Umno merasakan orang Cina dan India perlu diberikan hak kerana mereka adalah penyokong Perikatan. Tetapi ketika semua orang Melayu sudah terbuka menerima hakikat negara ini adalah Malaysia, mengapa Umno begitu kolot untuk terus mengapikan isu perkauman yang sempit? Kerana Cina bersama Pakatan Rakyat mungkin! Jika Umno mahu mempolitikkan apa yang dititahkan oleh Raja Muda Perak itu, mereka harus mencermin diri dahulu. Sedar atau tidak kita bahawa hak ketuanan Melayu ke atas tanah telah dijamin melalui Tanah Rezab Melayu. Saya ingin bertanya kepada kerajaan BN berapakah luas tanah rezab itu sekarang berbanding 50 dahulu? Mengapakah tanah-tanah-tanah milik Melayu di Pulau Pinang sudah hampir pupus? Kerana DAP-kah? Atau kerana pengkhianatan Umno? Tanah rezab di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain masih banyakkah? Bukankah telah adalah peraturan supaya setiap tanah rezab yang diambil alih harus diganti tetapi mengapa ia telah berkurangan?
Lupakah Umno bahawa 139,409 hektar tanah rezab Melayu di negeri-negeri tersebut telah dibatalkan oleh kerajaan BN dahulu dan hanya 77,208 hektar sahaja yang diganti semula. Masih terdapat baki 62,201 hektar yang perlu diganti oleh kerajaan BN dan ini menunjukkan kerajaan BN gagal untuk mempertahankan tanah rezab Melayu sebagai benteng akhir kekuatan politik Melayu.
Sekarang ini pun, Umno sedang berusaha untuk menghalau orang-orang Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur supaya mereka dapat menjadikannya Bukit Bintang kedua. Upayakah orang-orang Melayu menguasai pusat-pusat perdagangan jika ia diwujudkan di Kampung Baru?
Dulu kita pernah digemparkan oleh tindakan salah seorang calon Timbalan Presiden Umno yang dikatakan menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada bangsa asing termasuk bukan rakyat negara ini di Johor. Kalau tanah di Johor boleh sahaja dijual kepada warga Singapura dan Hong Kong, mengapa tanah di Ipoh tidak boleh diberi hak milik kepada warga sendiri?

Wahai UMNO,mindamu terlalu sempit,hatimu sudah lama mati...jangan mempermainkan hak rakyat..Rakyat sudah dapat membuka mata...Nahaslah kamu di pengakhiran.....



Wajah tenang seorang pemacu minda dan hak rakyat Perak

Sunday, February 8, 2009

Just Obey Allah's Rules....



As salaamu alaikum. Indeed, all glory and praise is due to Allah. We
glorify and praise Him and we ask Him for help and forgiveness. In
Allah we seek refuge from the evil of ourselves and from our wrong
doings. He whom Allah guides shall not be misguided, and he whom Allah
misguides shall never be guided.

When we look at humanity, we see that every society has some type of
celebration. These celebrations are festive occasions where the
members of the community come together to rejoice and remember an
important part of their history. Allah says in Surah Al- Hajj, ayah
34: To every people we have appointed rites that they must observe.
When looking at authentic hadith, we find that we have only three
celebrations, Jumu'ah, Eid al-Fitr, and Eid al-Adha.

Islam is so complete that it teaches us how to celebrate these days to
receive the reward of Allah for being faithful servants. The Eid salat
is different than the daily salat, as the Eid salat consists of two
rak'at. The first rak'ah has seven takbirat and the second rak'ah has
five takbirat. In addition, the khutbah follows the salat; whereas,
the Jumu'ah salat has the khutbah followed by two rak'at with one
takbir for each of the rak'ah.

The Eid should be a time of celebrating with family and friends,
giving thanks to Allah for all the blessings He has given and will
give us. However, we must be careful not to celebrate in a manner that
is not pleasing to Allah. Yes, it is a time to be happy but we do not
want to bring the wrath of Allah upon us by indulging in acts of
disobedience, such as the intermingling of men and women, improper
clothing, dancing and listening to music in a haraam manner.

Allah has blessed us with a pure religion and He says: This day, I
have perfected your religion for you, completed My favor upon you, and
have chosen for you Islam as your religion. For some, this
completeness is not enough and they contradict Allah and His Messenger
by getting involved in celebrations that are cultural, secular, and of
other religions. One such celebration that has elements of all three
is Christmas.

Some Muslims claim that Christmas is cultural and secular and does not
go against the teachings of Islam, as it is a time of sharing and
caring for humanity. The concepts of sharing and caring are noble, and
part of Islam. However, these concepts are to be done constantly
throughout the year, not on December 26th, January 6th, or January
7th, the three dates used for Christmas by the various Churches. When
we perform these acts of sharing and caring, they become acts of
worship to Allah, as long as they are done in accordance to Islam.

Some Muslims claim that Christmas is just the celebration of Isa's
birth, and since he is a prophet of Islam, celebrating his birth is
praiseworthy. First of all, December 25th is a known pagan holiday. It
is the celebration of Mithra, the ancient Persian god of light. It is
also the Roman celebration of the winter solstice. However, more
importantly, it is not legislated in Islam. Our blessed Prophet has
commanded us to be different from the Jews and the Christians; be
different from the disbelievers (Bukhari and Muslim). Also, he told
us: Whoever imitates a people is one of them (Ahmad). The words of the
Prophet are enough for me to stay away from any and every Christmas
celebration.

Do not get me wrong, I love Isa. He is held in honor in this life and
the next. But if we truly love him, let us love him as we have been
taught and not dishonor him by disobeying Allah and His Prophet. For
we know Allah says: If anyone contends with the Messenger after the
Guidance has been plainly conveyed to him, and follows a path other
than that of the believers, We shall leave him in the path he has
chosen, and land him in Hell: What an evil abode! (An Nisa 4:115).

We say we love Allah and His Prophet. Let us show our love by obeying
Allah and His Prophet and not give in to outside pressure or our
desires. Let us make our desires be the pleasure of Allah. If I have
said anything incorrect, know it is from Shaytan and me, and I ask
forgiveness. If I have said anything correct, know it is from Allah
and all praise is due to Him. May Allah increase my good deeds through
this article and admit me into Jennah by His Mercy. Allahuma Ameen.